CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua kapal persiaran berlabuh di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-2-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Dua kapal persiaran berlabuh di Pulau Pinang

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
28 Februari 2024 01:27pm








Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum Of The Seas yang berlabuh di Terminal Pelayaran Jeti Swettenham Pulau Pinang pada Selasa.




GEORGE TOWN - Tahun 2024 akan membawa pengalaman baharu kepada pelancong pelayaran yang melawat Pulau Pinang melalui kapal persiaran yang berlabuh di Terminal Pelayaran Jeti Swettenham Pulau Pinang.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, bagi membuka lembaran tahun ini, Pulau Pinang mengalu-alukan dua kapal persiaran terkenal, Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum Of The Seas yang berlabuh di sini pada Selasa.



Menurutnya, syarikat kapal pelayaran berkenaan memperkenalkan kapal persiaran yang direka bentuk secara inovatif untuk memenuhi pelbagai pilihan perjalanan yang ditawarkan.

"Pelbagai inovatif yang diperkenalkan antaranya Royal Caribbean akan memperkenalkan 'Utopia of the Seas' pada Julai ini, kapal Princess Cruises akan melancarkan 'Sun Princess' manakala Disney Cruise Line merancang untuk memperkenalkan 'Disney Treasure' yang bertemakan pengembaraan pada Disember nanti.



"Memandangkan Pulau Pinang terus berkembang sebagai destinasi pelancongan pelayaran terulung, kerajaan negeri terus komited untuk memupuk perkongsian dengan laluan pelayaran, pengendali pelancongan dan pihak berkepentingan untuk meningkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.

"Melalui usaha sama itu, adalah menjadi matlamat kerajaan negeri untuk mempamerkan layanan terbaik di Pulau Pinang, memastikan setiap pelancong pelayaran pulang dengan kenangan terindah selain melahirkan rasa untuk kembali ke negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Hon Wai berkata, lokasi Pulau Pinang yang strategik terletak di tengah Asia Tenggara berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan ideal untuk kapal persiaran yang merentasi rantau ini.


Hon Wai (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai kapal persiaran yang berlabuh di Pulau Pinang.




"Terminal Pelayaran Jeti Swettenham juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bertaraf dunia untuk pelancong selain ia boleh menampung dua buah kapal persiaran bersaiz kuantum secara serentak.

"Terminal ini juga mampu menampung 12,000 penumpang," katanya.

Kapal Genting Dream memiliki 18 dek yang mampu menempatkan 3,352 penumpang.




Sementara itu, Royal Caribbean Spectrum Of The Seas disenaraikan dalam 30 kapal persiaran terbesar di dunia dengan 14 dek tetamu yang memuatkan kapasiti 5,622 penumpang.

Mengulas mengenai lawatannya bagi meninjau ketibaan dua kapal persiaran itu, Hon Wai berkata, pelbagai isu telah dibincangkan antara pihak kerajaan negeri bersama pihak pengurusan terminal serta pihak kedua-dua kapal persiaran berkenaan.

"Kita mengadakan perbincangan berhubung beberapa perkara selain bertukar-tukar idea dan pandangan untuk menambah baik inovasi serta perkhidmatan dalam industri pelancongan pelayaran ini.

"Saya menekankan keperluan untuk pelaburan berterusan dalam infrastruktur, latihan dan usaha promosi bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi utama bagi pelancong pelayaran di seluruh dunia, sekali gus memberikan sumbangan positif kepada pertumbuhan dan pembangunan mampan ekonomi di negeri ini," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list