CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 0

Piala FA: Peluang Man. United tebus maruah

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

HARRY Maguire (tengah) menjadi sandaran menguatkan benteng pertahanan United menjelang aksi bertemu Forest awal pagi esok. – MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Hanya trofi Piala FA mampu menyelamatkan musim hambar Manchester United bagi kempen 2023/24 selepas menampilkan aksi cukup mengecewakan, terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penjaga gol legenda United, Gary Bailey menggesa pemain-pemain pasukan itu supaya menjadikan Piala FA sebagai keutamaan memandang­kan ia merupakan satu-satunya sasaran realistik mereka musim ini.

Bagaimanapun, skuad kendalian Erik Ten Hag itu perlu melepasi halangan Nottingham Forest terlebih dahulu menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada pusingan kelima di City Ground awal pagi esok.

“Mereka perlu bermain mati-matian dalam setiap perlawanan Piala FA kerana inilah satu-satunya peluang mereka untuk memenangi sesuatu pada musim ini. Saya tahu misi utama adalah layak ke kancah Eropah, namun Piala FA boleh menjadi pembakar semangat.

“Saya berharap kami boleh melangkah ke perlawanan akhir kerana United sudah pun tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selain jauh ketinggalan dalam perebutan takhta Liga Perdana,” katanya.

Untuk rekod, United dianggap sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Piala FA apabila sudah memenanginya sebanyak 12 kali dengan kali terakhir dilakukan pada 2016.

“Berdasarkan sejarah, Piala FA adalah antara kejohanan teragung buat United, namun ia sedikit terhakis bermula era 1990-an kerana United cukup hebat di pentas Eropah dan liga ketika itu.

“Saya masih anggap ia sebagai trofi paling penting dalam bola sepak England. United masih boleh berbangga musim ini sekiranya mereka mampu menjulang trofi tersebut,” ujar Bailey. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... nited-tebus-maruah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.401855 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list