CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1667|Reply: 0

Haaland 'mengamuk' di Kenilworth Road

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode

ERLING Haaland (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO Agensi

London: Mesin gol Manchester City, Erling Haaland 'mengamuk' apabila menyumbat lima gol bagi membantu pasukannya membelasah Luton Town 6-2 dalam aksi Piala FA yang menyaksikan juara bertahan itu bersedia mempertahankan trofi.

Ledakan lima gol dalam satu perlawanan adalah yang kedua daripada Haaland selepas turut melakukannya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada Mac 2023 lalu.

Untuk rekod, penyerang kelahiran Norway itu sudah meledak 27 gol dalam semua pertandingan musim ini dan ia seolah memberi isyarat kebangkitan daripadanya.

Disebalik lima gol yang disumbangkannya, Haaland akui sumbangan Kevin De Bruyne cukup besar khususnya dalam mengumpan tiga gol kepadanya.



"Kevin (De Bruyne) terlalu bagus. Seronok bermain di sampingnya. Kami tahu apa yang kami mahukan antara satu sama lain.

"Dia melakukan apa yang terbaik. Ia benar-benar menjadi. Dia seorang pemain yang pintar," kata Haaland yang melengkapkan hatriknya dalam tempoh 40 minit.

Ujarnya lagi, dia gembira dengan prestasi dirinya dan sedia membantu City dalam aksi berikutnya.

"Saya kembali ke tahap terbaik saya. Akhirnya saya berasa bagus. Ia satu perasaan yang mengagumkan. Ia kembali, kami kembali. Masa-masa menarik menanti kami. Kami sedia untuk menyerang," katanya.

Selain lima gol Haaland, satu lagi gol diledak oleh Mateo Kovacic manakala Jordan Clark menjaringkan gol buat Luton City.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-kenilworth-road
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.510534 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list