CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1688|Reply: 0

Skuad B-23 boleh lupakan khidmat Arif Aiman

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD B-23 menjalani latihan.

Kuala Lumpur: Pasukan bawah 23 (B-23) tahun negara sudah boleh melupakan khidmat bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi menjelang kempen Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada April ini.

Ia susulan penegasan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang melihat agak mustahil untuk mengerah tenaga Arif Aiman yang baharu sahaja menghabiskan misi bersama skuad senior di Piala Asia bulan lalu.

Kata Hamidin, berdasarkan amalan biasa pasukan-pasukan terutamanya di Eropah, jarang pemain muda yang sudah beraksi bersama skuad senior bermain dengan pasukan bawahan.

Malah ujarnya, prestasi Arif Aiman juga boleh merosot jika tidak dikawal dengan sebaiknya di mana ia akan merugikan pasukan kebangsaan dan juga Johor Darul Ta'zim (JDT) sekiranya kudrat pemain sayap itu dikerah tanpa henti.



"Nanti kita tengok dulu senarai daripada jurulatih. Kalau kita lihat dekat Eropah, pemain bawah umur apabila mereka bermain dekat atas (pasukan senior), mereka sudah tak pergi ke bawah lagi.

"Ia kerana kalau kita tengok pemain macam ini, jika semua perlawanan dia pergi, dia akan pengsan sekiranya main semua.

"Kesudahannya pada kelab dan pasukan dia, tetapi saya belum dapat senarai dari Juan Torres lagi siapa yang dia nak panggil," katanya.

Sebelum ini timbul cadangan agar pemain berusia 21 tahun itu turut di bawa ke Qatar bersama skuad B-23 di Piala Asia nanti.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Kehadiran Arif Aiman dikatakan akan memberi nilai tambah kepada kekuatan pasukan yang mengidam untuk mara sejauh mungkin termasuk cuba menggenggam tiket ke Sukan Olimpik Paris, Julai ini.

Berdasarkan format kelayakan ke Olimpik, tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 itu akan layak secara automatik ke Olimpik manakala satu lagi pasukan terpaksa mengharungi aksi playoff bertemu wakil Afrika, Guinea untuk merebut slot terakhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -khidmat-arif-aiman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list