CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa penamatan Skim Perubatan MADANI dikaji semula

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
CAP gesa penamatan Skim Perubatan MADANI dikaji semula


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 28, 2024 @ 10:58am  bhnews@bh.com.my




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengkaji semula penamatan pelaksanaan Skim Perubatan MADANI (SPM) yang berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu. - Foto hiasan NSTP




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengkaji semula penamatan pelaksanaan Skim Perubatan MADANI (SPM) yang berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, apabila SPM ditamatkan ia akan menimbulkan kesesakan di klinik kerajaan memandangkan peratusan rakyat Malaysia menghidap penyakit tertentu seperti diabetes, darah tinggi serta jantung kian meningkat setiap hari.

"Ia adalah berita yang mengejutkan. Tidak wajar bagi kerajaan memilih 10 daerah sahaja untuk pelaksanaan skim berkenaan susulan pemberian rawatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat perlu dilakukan secara menyeluruh.

"Kita tahu klinik dan hospital kerajaan mampu tampung jumlah pesakit yang banyak, cuma kerajaan perlu lihat daripada segi bebanan dan peruntukan masa seseorang doktor bagi menemui pesakit.

"Contohnya, jika pergi klinik kerajaan perlu menunggu lama namun konsulatasi bersama doktor hanya lima minit, mungkin ramai akan elak mendapatkan rawatan dan ia merisikokan negara kerana perlu menampung rakyat berpenyakit termasuk kos ubati sakit itu lebih banyak berbanding diberi rawatan awal," katanya di sini, semalam.

Menurut Subbarow, tindakan penamatan serta-merta itu juga akan menimbulkan bebanan kepada doktor kerajaan berikutan bukan semua orang mampu membeli perlindungan insurans bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Sehubungan itu, kita harap kerajaan mengkaji semula penamatan SPM yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini tambahan mereka yang terdiri dalam golongan B40," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, berkuat kuasa 26 Februari lalu, SPM akan diperhalusi bagi memberi tumpuan kepada daerah dan penerima tertentu dalam meningkatkan keberkesanan, kemampanan dan memaksimumkan impak skim berkenaan.

Pelaksanaan perubahan utama kepada program itu akan tertumpu kepada 10 daerah yang ditetapkan iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang (Selangor); Johor Bahru (Johor); Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang); Kota Kinabalu (Sabah), dan Kuching (Sarawak).

ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) berkata, dengan perubahan itu, kelayakan penerima SPM akan memberi fokus kepada isi rumah berdaftar di 10 daerah ini sahaja dan pesakit yang pernah menerima rawatan boleh menggunakan sehingga peruntukan skim berkenaan digunakan sepenuhnya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054310 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list