CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3607|Reply: 0

Liverpool ungguli Piala Liga Inggeris

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:43 PM | Show all posts |Read mode
The Reds memenangi kejuaraan menerusi gol lewat Van Dijk pada masa tambahan untuk menewaskan Chelsea 1-0 di final yang berlangsung di Stadium Wembley



Pemain Liverpool mengabadikan kenanagan bersama trofi kemenangan  sejurus tamat perlawanan final  Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Liverpool di stadium Wembley, di London, kelmarin. — Gambar AFP
LONDON: Liverpool memenangi kejuaraan Piala Liga Inggeris menerusi gol lewat Virgil van Dijk pada masa tambahan untuk menewaskan Chelsea 1-0 di final yang berlangsung di Stadium Wembley pada Ahad.

Liverpool, yang berdepan krisis kecederaan pemain, menamatkan permainan dengan beberapa pemain muda dalam padang tetapi pengalaman kapten mereka memastikan Liverpool meraih kejuaraan Piala Liga Inggeris buat kali ke-10 dalam sejarah kelab.

Van Dijk sebelum itu mempunyai satu gol yang tidak dibenarkan oleh panel video bantuan pengadil (VAR) tetapi pemain pertahanan antarabangsa Belanda itu menebus kekecewaannya dengan gol kemenangan ketika berbaki dua  minit dalam masa tambahan.

Ia adalah kejuaraan pertama Liverpool selepas pengumuman mengejut pengurusnya, Jurgen Klopp di mana dia akan meletak jawatan pada akhir musim ini.

“Apa yang berlaku di sini hari ini adalah sangat luar biasa. Semua ini tidak mungkin berlaku dengan sebuah pasukan dan skuad yang penuh karektor pemain akademi,” kata Klopp.

“Perkara yang gila ialah kami selayaknya menang. Saya tidak dapat berasa lebih bangga lagi dengan mereka. Wow! Ia benar-benar hebat.

“Saya pasti kami membawa semua pemain muda! Kami memerlukan pemain cergas. Mereka masih muda tetapi melakukan tugas dengan baik.”

Dengan kejuaraan itu, Klopp sudah memenangi tujuh trofi sepanjang sembilan tahun membimbing kelab.

Pengurus dari Jerman itu akan berharap kejuaraan pertama Liverpool sejak memenangi Piala FA pada 2022 akan menjadi pemangkin untuk musim terakhir yang luar biasa buat dirinya.

Liverpool ketika ini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, bertemu Southampton di pusingan kelima Piala FA Inggeris Rabu ini dan menentang Sparta Prague di pusingan 16 akhir Liga Europa ketika mereka memburu empat kejuaraan musim ini.

Kekalahan adalah satu lagi pengalaman pahit buat Chelsea di Wembley, yang tewas di final Piala Liga Inggeris dan final Piala FA kepada Liverpool pada 2022.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino meminta penyokong Chelsea untuk menilai prestasinya berdasarkan “kemenangan trofi” ketika musim pertama bermasalah di Stamford Bridge.

Tetapi Chelsea masih kekal tanpa kejuaraan sejak memenangi Piala FA pada 2018 dan harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang.

“Itu adalah faktor utama. Kami mencipta empat, lima atau enam peluang terbaik dan gagal menjaringkan gol. Dalam satu perlawanan seperti ini, siapa sahaja menjaringkan gol pertama akan mempunyai kelebihan besar,” kata Pochettino, yang masih tanpa sebarang kejuaraan dalam bola sepak Inggeris.

“Kami berasa kecewa kerana gagal memenanginya dalam masa sebenar. Kami tidak mempunyai tenaga dalam masa tambahan. Mereka menjaringkan gol pada minit akhir (masa tambahan) dan ia adalah sukar untuk bangkit semula.”

Diselubungi kecederaan melibatkan 11 pemain, Liverpool menyenaraikan skuad tanpa bintang utama seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker, Darwin Nunez, Diogo Jota dan Dominik Szoboszlai.

Ini bermakna pemain berusia 20 tahun, Conor Bradley dan Harvey Elliott, sementara Bobby Clark (19 tahun), James McConnell (19), Jarell Quansah (21) dan Jayden Danns (18) dimasukkan dari bangku simpanan.

Walaupun skuad muda, Liverpool menyesuaikan diri dengan cepat ketika Luis Diaz mengetuai serangan.

Mengambil peluang dari pertahanan hambar Chelsea, Diaz memasuki kotak penalti dan melakukan satu rembatan yang berjaya diselamatkan penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic.

Chelsea kemudian seharusnya membuka jaringan dengan hantaran Conor Gallagher sampai ke kaki Cole Palmer tetapi rembatannya diselamatkan penjaga gol Caoimhin Kelleher.

Ryan Gravenberch kemudian menyertai senarai pemain yang cedera apabila diusing keluar selepas mengalami kecederaan ketika diasak oleh Moises Caicedo.

Liverpool kelihatan memecah kebuntuan pada minit ke-60 apabila Van Dijk melompat tinggi melepasi Ben Chilwell untuk menanduk tendangan percuma Andrew Robertson.

Tetapi VAR campur tangan, menyebabkan pengadil perlawanan membatalkan gol kerana kedudukan ofsaid, Wataru Endo, yang menghalang Levi Colwill dari mengawal Van Dijk.

Chelsea semakin kecewa apabila Axel Disasi juga gagal menyempurnakan peluang terbaik sebelum rembatan Gallager terkena palang gol.

Kelleher juga beraksi tangkas menepis cubaan Palmer dan Christopher Nkunku untuk memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan dan Van Dijk menafikan penentuan sepakan penalti apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir. — AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list