CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3137|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP sokong wujud peraturan kawal selia kandungan vape

[Copy link]
Post time 27-2-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode
CAP sokong wujud peraturan kawal selia kandungan vape


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 27, 2024 @ 7:27pm  bhnews@bharian.com.my




Foto hiasan




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sedia bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi merealisasikan cadangan pengenalan peraturan kawal selia vape di negara ini.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, CAP turut menggesa kerajaan supaya mengawal dengan lebih ketat promosi dan penjualan alat vape dan cecair vape dengan segera.

"Tanpa pemantauan dan pelaksanaan undang-undang yang lemah, cecair vape boleh dibeli dengan mudah sama ada dari kedai atau dalam talian.

"Sepanjang tahun ini, CAP terima sebanyak tujuh rayuan dan aduan daripada ibu bapa berhubung penggunaan rokok dan vape dalam kalangan anak mereka, jadi ia perlu dipandang serius.

"Justeru, CAP menyokong segala kebaikan bagi mengekang penggunaan vape dan rokok," katanya, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, wujud keperluan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal selia kandungan vape demi kepentingan bersama dan ia harus dimulakan segera.

Katanya, menjadi amalan sejak dulu lagi, setiap perkara yang dilakukan perlu mempunyai garis panduan khusus agar tidak mendatangkan masalah kepada masyarakat.

Katanya, seperti mana perkara lain, vape tidak terkecuali daripada peraturan negara dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan kawalan yang terbaik ke atas produk alternatif menggantikan rokok.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list