CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas ketua biro NST meninggal dunia

[Copy link]
Post time 27-2-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Bekas ketua biro NST meninggal dunia


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 27, 2024 @ 3:28pm  bhnews@bh.com.my







GEORGETOWN: Bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Pulau Pinang dan Alor Setar, Noor Adzman Baharuddin meninggal dunia di Hospital Island di sini, akibat kanser hati hari ini.

Adiknya Nor Azhar, berkata Allahyarham menghembus nafas terakhir pada jam 12.59 tengah hari tadi.

"Allahyarham meninggal dunia pada usia 64 tahun.

"Jenazah dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ara selepas solat maghrib," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, bekas jurugambar NSTP, Rosli Ahmad berkata, dia mengenali Noor Adzman sejak 35 tahun lalu.

Katanya, Allahyarham bukan sahaja teman sekerjanya tetapi juga rakan bermain golf.

"Saya sudah maklum mengenai penyakitnya sejak setahun lalu dan Allahyarham minta supaya tidak menghebahkan kepada rakan yang lain.

"Allahyarham seorang yang bertenaga, gemar berjenaka dan suka membantu.

"Saya menziarahinya dua hari lalu dan beritahu pada Noor Adzman yang saya akan datang melawatnya lagi.

"Allahyarham berkata 'tak payah datang esok, aku tak ada', seolah-olah mahu beritahu pemergiannya," katanya ketika ditemui di hospital.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list