CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas pengarah tak mengaku salah guna Mercedes-Benz syarikat

[Copy link]
Post time 27-2-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Seorang bekas pengarah syarikat pengimport bahan mentah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ng Chiang Chong,61, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu sebuah kereta jenis Mercedes-Benz GLC 300 Coupe milik sebuah syarikat import dan eksport.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seberang Jaya dalam Daerah Seberang Perai Tengah pada 3 Oktober 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aini Yahya manakala tertuduh diwakili peguam, Martin Khoo.

Semasa prosiding, Nurul Aini mengesyorkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Walau bagaimanapun, Martin memohon agar jaminan minimum diberikan terhadap anak guamnya yang menghidap sakit jantung di samping perlu menjaga isterinya yang sedang menjalani kemoterapi akibat penyakit kanser.

“Untuk maklumat yang Arif, pengadu dalam kes ini merupakan adik kepada tertuduh.

“Malah untuk makluman Yang Arif, pengadu dalam kes ini merupakan adik kepada tertuduh yang mana kes menuntut harta pusaka milik mendiang bapa mereka kini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Jadi tiada alasan untuk anak guam saya melarikan diri dalam kes ini selain dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” kata Martin Khoo.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 2 April depan.

Sementara itu, Martin ketika ditemui luar mahkamah memaklumkan bahawa syarikat terbabit adalah milik keluarga dan berlaku perebutan harta antara empat beradik lelaki termasuk tertuduh sebelum mereka bertindak menyingkirkan nama anak guamnya daripada pemilikan harta pusaka milik bapa mereka. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... edes-benz-syarikat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055849 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list