CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2465|Reply: 0

United berkira-kira jual Antony

[Copy link]
Post time 27-2-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Karier Antony (kiri) bersama Manchester United tidak seperti yang diharapkan. – Foto premierleague.com

LONDON: Manchester United sedia mendengar tawaran terhadap Antony pada musim panas akan datang ketika karier pemain sayap dari Brazil itu di Old Trafford kelihatan akan berakhir.

United bagaimanapun mungkin bergelut untuk mendapatkan semula separuh daripada £86 juta (RM521 juta) dibayar kepada Ajax Amsterdam 18 bulan lalu, menjadikannya pemain kedua paling mahal dalam sejarah kelab itu.

Antony hanya bermula sekali dalam lapan perlawanan terakhir - di Newport County dalam Piala FA - dan menjadi pemain gantian sekali lagi apabila United tumpas kepada Fulham di Old Trafford Sabtu lalu.

Pemain remaja Omari Forson dipilih berbandingnya dan pengurus Erik ten Hag memasukkan tiga pemain gantian termasuk seorang lagi pemain sayap remaja Amad Diallo, sebelum memasukkan Antony dalam beberapa minit terakhir masa kecederaan.



Antony kini sudah beraksi 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini tanpa sebarang gol mahupun umpanan gol buat pasukannya.

Ketika pemilik baharu bersama INEOS memantau kos dan keberkesanan skuad United susulan pelaburan Jim Ratcliffe sebanyak £1.3 bilion (RM7.87 bilion), statistik pemain itu memang menjadi perhatian.

Ten Hag kembali ke kelab lamanya Ajax untuk mengikat Antony pada musim panas 2022 dan difahamkan pengendali dari Belanda itu masih belum berputus asa dengan pemain itu, percaya dia masih mempunyai keupayaan untuk mengubah nasib kariernya di England.

Namun Ten Hag mengakui bulan lalu Antony terjejas susulan dakwaan penderaan domestik, yang mana dia menafikannya sekeras-kerasnya, menyebabkannya digugurkan oleh Brazil pada September lalu dan menghabiskan beberapa hari di Amerika Selatan untuk membersihkan namanya.

Susulan kekalahan kepada Fulham, bos United itu berterus-terang dalam penjelasannya menurunkan Alejandro Garnacho, Forson dan Diallo berbanding pemain Brazil yang gagal itu.

"Ia tiada kena mengena dengan tahap kecergasan," kata Ten Hag. "Dia cergas tetapi kami mempunyai banyak pilihan di kanan.

"Anda sudah lihat prestasi Antony dan dia perlu bangkit. Saya lihatnya di sesi latihan tetapi Omari Forson, Amad Diallo dan Garnacho berhak untuk beraksi." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ra-kira-jual-antony
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061412 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list