CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 0

Dybala cetak hatrik, Roma buru slot ke UCL

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode

PAULO Dybala meraikan gol ketika membenam Torino. FOTO X Roma

Rome: Hatrik sulung Paulo Dybala sejak bersama Roma dalam kemenangan 3-2 ke atas Torino mengekalkan pasukannya di kedudukan terbaik memenuhi impian layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Nasib berbeza dialami Lazio apabila tumbang 2-1 kepada Fiorentina sekali gus memberi Roma peluang menjarakkan kedudukan.

Roma ketika ini mengumpul 44 mata, hanya empat mata di belakang Bologna yang menghuni tangga keempat yang juga posisi terakhir untuk melayakkan diri ke UCL.

Manakala Fiorentina naik ke tangga ketujuh untuk ketinggalan tiga mata di belakang Roma yang berada di kedudukan kelima.



Dalam aksi itu, pertahanan England, Chris Smalling memulakan aksi dalam kesebelasan utama selepas enam bulan disisihkan.

Namun Dybala yang juga bekas pemain Juventus lebih mencuri tumpuan apabila dia meledak hatrik masing-masing bermula sepakan penalti di minit 42, 57 dan 69.

Torino cuba memberi tentangan dengan dua gol tetapi jaringan Duvan Zapata dan gol sendiri pemain Roma, Dean Huijsen tidaka menghalang mata penuh diraih Roma.

"Kemenangan ini tepat pada waktunya, pemain seperti Dybala adalah penentu dan bagi saya mereka tidak boleh dipersoalkan," kata jurulatih Roma, Daniele De Rossi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ma-buru-slot-ke-ucl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list