CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 0

Everton lega hanya dipotong enam mata

[Copy link]
Post time 27-2-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode

PASUKAN Everton dipotong enam mata. FOTO Agensi

London: Everton mampu menarik nafas lega apabila hukuman pemotongan mata dikurangkan daripada 10 mata kepada enam selepas rayuan diterima ekoran pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Pada November lalu, Everton dikenakan hukuman berat selepas suruhanjaya bebas mendapati kelab itu melepasi kerugian dibenarkan di bawah peraturan keuntungan dan kemampanan liga dengan perbezaan £19.5 juta (RM118 juta) menerusi tempoh penilaian pada hujung musim 2021-22.

"Everton FC merayu hukuman yang dikenakan terhadapnya atas sembilan alasan, setiap satu berkaitan dengan hukuman dan bukannya fakta pelanggaran, yang diakui kelab itu," kata EPL dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

"Dua daripada sembilan alasan itu dikekalkan oleh lembaga rayuan, yang menggantikan pemotongan mata asal 10 untuk enam".



Menerusi keputusan itu, ia menyaksikan kedudukan skuad kendalian Sean Dyche melonjak di tangga ke-15 selepas sebelum itu jatuh di kedudukan ke-19 selepas di potong 10 mata.

Malah pemotongan asal itu dianggap pemotongan terbesar dalam sejarah EPL sebelum ini, sekali gus dengan keputusan rayuan itu menyelamatkan Everton daripada zon penyingkiran.

Lembaga rayuan membuat kesimpulan suruhanjaya asal membuat "kesilapan undang-undang" atas dua alasan.

Juara Inggeris sembilan kali Everton beraksi dalam liga utama sejak 1954 dan tidak pernah turun dari EPL.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dipotong-enam-mata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066673 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list