CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8512|Reply: 7

[Tempatan] Saya tetap akan lantang pertahan segala hujah, kata Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan

[Copy link]
Post time 26-2-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode
'Saya tetap akan lantang pertahan segala hujah' - Sany Hamzan

https://www.sinarharian.com.my/a ... hujah---sany-hamzan

OlehAISYAH BASARUDDIN26
Februari 2024 04:51pm


Mohd Sany

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menegaskan tidak akan berdiam diri dengan sebarang provokasi daripada pembangkang ketika sesi perbahasan di Parlimen selepas ini.

Beliau berkata, pihaknya tetap mengambil pendekatan lantang mempertahankan segala hujah yang diutarakan kerana tidak mahu apa-apa cerita tidak benar, fitnah, adu domba atau serangan dilemparkan terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, menurutnya, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyentuh soal adab, akhlak dan kelakuan ahli Parlimen sepanjang sesi perbahasan amat disanjung tinggi memandangkan ia amanat pertama sejak baginda dilantik sebagai ketua negara.

“Kita juga berterima kasih di atas teguran, nasihat dan peringatan tersebut.

“Sepanjang setahun lebih memimpin kerajaan kita tak pernah guna perkataan yang kurang enak didengar, mungkin perkataan ‘beruk’ sahaja dan selepas itu tak pernah nak guna lagi perkataan tidak baik.

“Cuma mungkin nadanya agak tegas, macam menyanyilah ada lenggok lembut dan keras, ini pendekatan yang nak dibawa takkan kita nak berdiam diri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ibrahim agar semua ahli Parlimen dan Dewan Negara perlu menjaga adab dan tatatertib selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli dewan yang melampaui batas termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan berkenaan selama 14 hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2024 11:04 PM | Show all posts
Bahas LKAN: ‘Ini kerajaan kami, jadi ikut suka kami lah’ - Sany

https://www.youtube.com/watch?v=n4UE1npg--4




Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
tahikkk kau madaniii. sembg je. pdhl sama je nuart dgn umno sakau. kenapa kau x sentuh pasal tm jahid dnaa tu badut sany??? sekor2 mp ph x leh percaya. sembang je. org ckp kecek saja pandai. phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 09:57 AM | Show all posts
beruk ni ada lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 27-2-2024 09:57 AM
beruk ni ada lagi ke?

Beruk beruk pun AP tau....ko?

Musti lagi hina kheunz?

Kahkahkahkahkab
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 10:25 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 27-2-2024 09:59 AM
Beruk beruk pun AP tau....ko?

Musti lagi hina kheunz?

heran apa aku mp?  otak serupa lembu. ini kerajaan kami, suka hati kami lah.  babee dia cakap lagu tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau dia yg mencarut maki hamun mungkin ydp prlimen diam saja
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 10:37 AM | Show all posts
lantang yang beradab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.319155 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list