CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar 1,425 liter petrol gagal

[Copy link]
Post time 26-2-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua minyak petrol yang dirampas di bawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 1,425 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup keluar menerusi Op Terancang, semalam.  

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, PPM Semporna yang menjalankan tugas operasi mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di laut Kampung Simunul.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya bertindak mengejar bot laju berkenaan untuk pemeriksaan rutin.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, juragan lelaki bertindak memecut melarikan diri menuju ke kawasan rumah atas air dan meninggalkan bot.

“Pencarian dilakukan namun gagal mengesan suspek terbabit sebelum pasukan operasi berpatah balik ke bot pam yang ditinggalkan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pam itu menemukan sebanyak 1,425 liter minyak petrol dan satu tong gas dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, turut dirampas, bot berserta enjin dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM49,000.

“Semua rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindak lanjut sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056792 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list