CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3050|Reply: 0

'Pak Arab' paling sesuai uji Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon perlu membuat persiapan rapi sebelum menentang Oman. - REUTERS

KUALA LUMPUR: Mengharungi aksi pemanas badan dengan pasukan dari tanah Arab dianggap sebagai persiapan terbaik buat Harimau Malaya sebelum menentang Oman dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Ketika Piala Asia 2023 baru baru ini, skuad kendalian Kim Pan Gon tewas dua aksi awal kepada Jordan dan Bahrain yang menyaksikan Harimau Malaya terkandas di peringkat kumpulan.

Kini, cabaran yang perlu dihadapi skuad negara dalam aksi berdepan Oman nanti dilihat tidak jauh beza dengan apa yang mereka hadapi ketika menentang Jordan dan Bahrain.

Justeru, bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menjelaskan adalah bagus sekiranya Harimau Malaya terlebih dahulu dapat menguji pasukan yang memiliki corak permainan mirip dengan Oman.



"Kalau kita tengok kepada Piala Asia 2023, memang kita nampak dari segi teknikal dan taktikal pasukan Arab, mereka lebih selesa dalam mengawal bola. Saya yakin barisan jurulatih Harimau Malaya sudah buat kajian mengenai perkara itu dan mereka akan mengatasi apa yang berlaku.

"Jadi perlawanan persahabatan nanti kalau kita dapat pasukan yang seiras atau memiliki permainan sama dengan pasukan yang kita nak lawan (Oman), lagi bagus dan jika dapat (pasukan Arab) lagi cantik.

"Aspek ketahanan mental sama sahaja, cuma dari segi kemahiran individu mereka (pemain Arab) nampak lebih sedikit dari kita. Namun, sekiranya tak dapat (lawan pasukan Arab), kita boleh dapatkan pasukan lain yang bagus untuk jurulatih terapkan taktikal terbaik sebelum menentang Oman," katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan dua atau tiga aksi persahabatan buat Harimau Malaya sebelum menentang Oman dengan antara pilihan termasuk skuad itu akan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada FAM mengenai aksi persahabatan dan dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya akan bermula Mei depan, ia mencetuskan kerisauan mengenai tahap pemain negara.

Harimau Malaya terlebih dahulu akan menentang Oman di gelanggang lawan pada 22 Mac sebelum melayan kunjungan pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, empat hari kemudian.

Mengulas lanjut, Wan Jamak percaya pemain Harimau Malaya profesional dan mereka sudah diberikan panduan oleh jurulatih dalam menjaga tahap kecergasan ketika bercuti atau berehat.

"Saya rasa era profesional ini pemain sendiri sudah tahu apa yang mereka perlukan untuk mewakili pasukan negara. Mereka juga mungkin sudah diberikan panduan mengenai apa yang harus dilakukan kerana mereka memikul tugas tugas besar untuk skuad negara," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -uji-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046634 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list