CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2447|Reply: 0

'Terima kasih TMJ' - PBSNT

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode

TIMBALAN Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong ucap terima kasih kepada TMJ selepas memberi pinjam dua pemainnya kepada TFC. FOTO Malik Muhamad

Kuala Terengganu: "Terima kasih Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi pinjam dua pemain kepada Terengganu FC (TFC)," kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Marzuki Sulong.

Beliau berkata demikian selepas Pemangku Sultan Johor itu yang juga pemilik kelab bola sepak tersohor tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT), membenarkan dua bekas pemainnya, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid beraksi bersama TFC secara pinjaman selama semusim.

Jelas Marzuki yang juga Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hubungan baik antara PBSNT dan TFC dengan pemilik kelab JDT itu menyaksikan dua pemain kebangsaan itu sudah menjalani latihan bersama TFC sejak 15 Februari lalu bawah kendalian ketua jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner.

Katanya, pada musim lalu JDT memberi pinjam pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi sehingga berjaya membantu skuad Penyu itu muncul naib juara Piala Malaysia selain merekod keputusan tanpa kalah peringkat Kumpulan G dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).



"Kehadiran dua tonggak kebangsaan itu sudah pasti bakal memberikan impak yang besar buat pasukan pada musim ini untuk menjadi pencabar yang hebat.

"Malah kehadiran Safawi yang juga anak kelahiran Terengganu boleh disifatkan sebagai sirih pulang ke gagang terutama selepas hampir tujuh tahun berkelana di Johor sebagai pemain bola sepak profesional.

"Buat peminat setia TFC kehadiran dua pemain itu sudah pasti begitu menggembirakan mereka, jadi berilah sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka setiap kali berjuang di atas padang," ujar Marzuki ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Selain dua bintang JDT itu, musim ini TFC sudah mengikat tiga pemain baharu iaitu bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC) musim lalu, Akram Mahinan dan penyerang import, Ismaheel Akinade dari Nigeria dan pertahanan kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden.

Seorang lagi pemain import kelahiran Croatia yang dikenali sebagai Marin bakal beraksi di posisi tengah bakal diperkenalkan tidak lama lagi selepas semua dokumentasi selesai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ima-kasih-tmj-pbsnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list