CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 0

[Terengganu] Jumpa objek misteri di pantai

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode

MAHMUD menunjukkan objek misteri yang ditemui di persisir Pantai Kelulut. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Marang: "Pertama kali saya melihat hidupan laut yang unik seperti itu sekali gus mendorong saya membawanya pulang ke rumah," kata Mahmud Kechik.

Mahmud, 60, dari Kampung Rhu Muda berkata, dia menemui objek seberat lapan kilogram yang dipercayai sejenis tumbuhan di laut dalam itu terdampar di Pantai Kelulut, seminggu lalu.

"Saya tertanya-tanya sama ada ia memang betul pokok di dasar laut seperti didakwa ramai orang atau sejenis hidupan air lain.

"Bentuk fizikalnya seperti tumbuhan kerana memiliki akar tetapi bersifat kenyal seperti getah selain berbau hanyir.



"Semua nelayan yang ditemui tidak pernah melihat hidupan laut seperti itu malah segelintir nelayan mendakwa ia mungkin lemak ikan paus yang membeku," katanya.

Tambahnya, objek pelik yang ditemui itu membuatkan ramai penduduk datang ke rumah untuk melihatnya dari jarak dekat.

"Saya cuba membakar sebahagian kecil serpihan objek itu dan ia mencair seperti lilin.

"Nama dan jenis objek itu masih menjadi tanda tanya kerana ia tidak pernah dilihat atau ditemui di pantai sebelum ini," katanya.

Menurutnya, berikutan air pasang besar dan fenomena ombak besar menyebabkan banyak sampah sarap termasuk pelbagai barangan dihanyutkan ke pantai.

"Menjadi rutin harian saya ke pantai pada setiap pagi mencari sesuatu yang berharga yang dihanyutkan air namun pertama kali menemui hidupan laut yang misteri itu," katanya.

Dia turut sedia memberi kerjasama sekiranya ada pihak tertentu yang ingin membuat kajian ke atas hidupan laut yang ditemui itu seterusnya merungkai misteri di sebalik penemuan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-misteri-di-pantai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.068490 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list