CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2467|Reply: 0

[Kedah] 'Suami pergi tidak tinggal pesan, banyak diam diri' - Isteri Lans Koperal Mohd Hafiz

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode

NOR Hasni menerima bantuan dan dokumen bayaran faedah PERKESO di rumah mentuanya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau yang diserahkan, Pengarah PERKESO Kedah, Rak Boon Tan Rat. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: "Dulu dia (suami) tempat saya mengadu dan bergantung harap kerana saya anak yatim piatu, tetapi kini dia pergi ke negeri abadi tinggalkan saya," kata Nor Hasni Ishak, 32.

Balu kepada kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, itu berkata dirinya reda dengan pemergian suami yang disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan penyayang.

Katanya, sebelum kejadian kemalangan pada 2 Februari lalu, suaminya bersikap pelik apabila pergi bekerja tanpa meninggalkan sebarang pesan.

"Selalunya selepas bersalaman dengan suami, dia akan pesan jaga diri, tapi pada hari kejadian, dia terus pergi dan tidak menoleh ke arah saya.



"Malam sebelum kejadian pun dia agak senyap tapi buat kerja seperti biasa seperti buang sampah dan sebagainya, dia memang rajin tolong saya di rumah.

"Selain itu apa saja masalah yang berlaku saya akan mengadu kepadanya, tapi sekarang saya sudah terpisah dengannya di alam yang berbeza," katanya.

Terdahulu Nor Hasni menerima bayaran faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumah mentuanya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau di sini, yang diserahkan, Pengarah PERKESO Kedah, Rak Boon Tan Rat.

Turut hadir wakil kepada Pegawai Memerintah Batalion 3 Rejimen Sempadan (RS) Pengkalan Hulu, Perak, Mejar Wan Mohd Rizal Soed.

Mohd Hafiz adalah seorang daripada tiga anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan (RS) Pengkalan Hulu yang maut selepas dilanggar lori syarikat kurier yang terbabas di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Gurun, Sungai Petani, 2 Februari lalu.

Dalam nahas jam 10.30 pagi itu, tiga anggota tentera meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, Koperal Mohd Asri Idris, 40, dan Mohd Hafiz.

Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala pemandu lori syarikat kurier itu cedera kaki kiri dan kepala akibat kemalangan itu.

Nor Hasni berkata, dia kini menghabiskan tempoh edah di rumah mentuanya dan merancang untuk mencari kerja sebaik sahaja sahaja tamat tempoh itu.

Katanya, arwah suaminya merupakan harapan keluarga mentuanya kerana dia adalah anak lelaki sulung daripada empat beradik.

"Sepatutnya apabila dapat Bayaran Insentif Awal RM2,000 Jumaat lalu, dia berhasrat untuk bawa saya dan kedua ibu bapanya ke Cameron Highland, tapi tidak kesampaian," katanya.

Nor Hasni yang berasal dari Langkawi berkata dia akan menggunakan sebaik mungkin bayaran faedah pencen penakat PERKESO sebanyak RM330 yang diterimanya setiap bulan selepas ini.

"Saya tak sangka dapat pencen PERKESO, tetapi suami pernah bekerja kilang sebelum ini, walaupun tak banyak namun ia sangat membantu untuk kelangsungan hidup saya," katanya yang turut menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-lans-koperal-mohd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.321088 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list