CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2916|Reply: 0

[Kelantan] Penyeludup ditahan bersama 1,950kg diesel subsidi

[Copy link]
Post time 26-2-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Lori bersama 78 tong berisi 1,950 diesel yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Bongor Kor, di sini, malam tadi. - Foto ihsan KPDN

KOTA BHARU: Seorang lelaki disyaki penyeludup diesel ditahan selepas sebuah rumah di Kampung Kubang Bongor Kor, di sini, yang disyaki digunakan untuk mengumpul stok bahan api itu secara haram diserbu pihak berkuasa malam tadi.

Hasil serbuan kira-kira jam 7.30 malam oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, sejumlah 1,950 liter diesel yang disorok dalam rumah yang turut dijadikan kebun kelulut itu dirampas.

Semua diesel yang diisi dalam 78 tong plastik itu ditemukan dalam sebuah lori di kawasan parkir di perkarangan kediaman terbabit.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil soal siasat suspek yang berusia lingkungan 40-an itu mengaku melakukan pengisian diesel subsidi berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini ke dalam tangki kenderaan yang diubah suai.



"Suspek juga mengaku memiliki barang kawalan dalam kediaman dan kenderaannya tanpa sebarang dokumen pemilikan, lesen barang kawalan atau kebenaran dari pengawal bekalan.

"Barangan kawalan yang disimpan itu akan dibawa ke pangkalan haram sekitar Tumpat untuk diselewengkan ke negara jiran melalui Sungai Golok," katanya melalui kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek turut ditahan polis untuk siasatan lanjut atas kesalahan dadah.
https://www.bharian.com.my/berit ... 50kg-diesel-subsidi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.346943 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list