CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2867|Reply: 0

[Kelantan] Tapak pelupusan sampah di Pasir Mas terbakar

[Copy link]
Post time 26-2-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan tapak pelupusan sampah yang dikendalikan MDPM di Lubok Jong, Pasir Mas yang terbakar malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR MAS – Tapak pelupusan sampah yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) di Lubok Jong, di sini terbakar malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam itu melibatkan kawasan seluas 0.2 hektar.

Komander Operasi Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Mohd. Juri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 malam sebelum 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kawasan tapak pelupusan itu sedang terbakar.

“Bagaimanapun, pihak MDPM sudah membuat parit lebih awal untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak. Kerja-kerja memadam kebakaran ketika ini sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adnan memberitahu, pihak bomba sudah memohon bantuan unit dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan untuk menjalankan pemantauan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... pasir-mas-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060924 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list