CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4426|Reply: 0

[Kedah] Pemandu lori maut ditetak dalam kedai kopi

[Copy link]
Post time 26-2-2024 09:41 AM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

KULIM: Seorang pemandu lori maut dipercayai dibunuh di sebuah kedai kopi di Taman Damai, dekat Padang Serai, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 petang apabila mangsa, 27, dikatakan diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Saffuan Md Noor berkata, mangsa dikejar dua suspek dari luar kedai kopi sebelum ditetak ketika cuba melarikan diri dengan memasuki premis terbabit.

"Mangsa rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati mangsa luka parah kesan serangan senjata tajam pada tangan, dada, belakang badan dan muka," katanya melalui kenyataan.



Saffuan berkata, polis masih mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446521 atau IPD Kulim di talian 04-4906222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berit ... ak-dalam-kedai-kopi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list