CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat Malaysia perlu kekalkan perpaduan kaum dan agama

[Copy link]
Post time 25-2-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


RAMAH MESRA: Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh berbual mesra dengan penjaja-penjaja Pasar Tamu Ahad Sabindo.

TAWAU: Masyarakat perlu saling menghormati serta meraikan perayaan secara bersama supaya perpaduan antara kaum dan agama dapat dikekalkan di negara ini.

Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tony Koh berkata, Malaysia sangat terkenal dengan keunikan dan kekayaan yang ada pada kepelbagaian budayanya.

Katanya, masyarakat antarabangsa juga mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera sejak dari dahulu lagi.

“Sambutan perayaan sama ada Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan sebagainya dapat diraikan oleh semua kaum serta agama tanpa sebarang sekatan.

“Masyarakat Melayu, Cina, India dan Kadazan dapat duduk serta makan satu meja tanpa sebarang masalah kerana perpaduan sudah lama wujud di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turun berjumpa serta beramah mesra dengan penduduk dan penjaja di Pasar Tamu Ahad Sabindo, di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia diminta untuk terus menyebarluaskan mesej perpaduan supaya golongan muda juga dapat mewarisinya.

“Golongan muda perlu diberikan pemahaman mengenai perbezaan yang ada di negara kita supaya keharmonian dapat dikekalkan sampai bila-bila.

“Kita mesti pastikan keunikan yang ada di negara ini terus disanjung oleh negara luar, sekali gus Malaysia menjadi contoh kepada perpaduan,” katanya.

Tony Koh berkata, program ramah mesra berjumpa masyarakat di daerah ini diadakan bagi menyampaikan mesej perpaduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kita berjumpa dengan pengunjung dan penjaja di pasar ini sambil menyampaikan kad ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada mereka.

“Saya berharap dengan usaha sebegini dapat merapatkan lagi perpaduan antara semua kaum dan agama di daerah ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.407990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list