CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 0

[Sabah] Infrastruktur pelancongan di Tawau perlu dibangunkan

[Copy link]
Post time 25-2-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Christina (empat kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

KOTA KINABALU: Infrastruktur pelancongan di daerah Tawau perlu dibangunkan supaya boleh menjadi tarikan tambahan kepada pelancongan yang datang bercuti di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah.  

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, infrastruktur berkenaan juga dilihat dapat mengurangkan kesesakan pelancong yang sering berkunjung ke daerah Semporna.

“Sebagai permulaan, terdapat rancangan untuk membina sebuah jeti di Tawau bagi memudahkan perjalanan bot sebagai pengangkutan alternatif kepada pelancong yang melawat Semporna dalam tempoh sehari.

“Selain itu, kita turut menggalakkan para pelabur untuk membangunkan Taman Bukit Tawau sebagai kawasan tumpuan pelancong,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Christina sebelum itu telah mempengerusikan mesyuarat berkaitan pelancongan antara kementeriannya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Sri Pelancongan Sabah (SPS) di sini.

Pada mesyuarat itu, Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd Ken Pan Ying On dilantik sebagai pengendali bagi membangunkan produk pelancongan di Tawau dan Semporna.

Christina berkata, Ken akan bertanggungjawab merangka rancangan untuk menyebarkan faedah ekonomi pelancongan antara Tawau dan Semporna.

“Sekarang ini, terdapat tumpuan pelancong di Semporna, di mana terletaknya syurga menyelam Pulau Sipadan yang terkenal di dunia.

“Ini juga adalah sebagai langkah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang seimpbang di antara kedua-dua daerah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.331050 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list