CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 912|Reply: 0

[Sabah] Orchidmas sasar eksport orkid Malaysia ke Negara Teluk menjelang 2025

[Copy link]
Post time 25-2-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode


MOHAMAD NIZAM

KOTA KINABALU: Orchidmas International LLC, yang berpangkalan di Putrajaya, Kuala Lumpur menyasarkan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi dan Arab Saudi sebagai destinasi eksport orkid Malaysia menjelang 2025.

Penasihat projek rintis Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD), Ts. Mohamad Nizam Malik berkata, sasaran itu bergantung kejayaan sasaran pengeksportan ke Dubai yang dijangka bermula pada Ogos tahun ini.

“Kami menyasarkan sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan AED230 juta atau RM300 juta nilai eksport produk florikultur ke Dubai setahun.

“Projek LEOD yang akan memulakan operasi pengeluaran pada bulan depan dijangka menghantar konsainan pertama ke Dubai pada Ogos,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikuktur), Jabatan Pertanian Malaysia berkata, setakat ini fasa pertama LEOD melibatkan tiga kawasan seluas 29.14 hektar di Linggi dan Lukut di Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian (Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Khalid Ibrahim berkata, fasa pertama LEOD itu merupakan usaha awal mengeksport produk orkid ke negara-negara teluk melalui Dubai.

“Ladang berkenaan yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi iaitu Internet Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dijangka mengeluarkan sejumlah 3.88 juta keratan orkid Mokara setiap tahun,” katanya.


SHIZ KASSIM

Ketua Pegawai Eksekutif, Orchidmas International LLC, Shiz Kassim pula berkata, pihaknya menyambut bai katas pelantikan syarikatnya sebagai ejen pemasaran, pembungkusan dan penjenamaan orkid Malaysia.

Katanya, sebagai ejen pemasaran, pembungkusan dan penjenamaan itu berharap dapat memenuhi sasaran pengeksportan bermula Ogos nanti.

"Untuk urusan pemasaran, Orchidmas akan berkolaborasi dengan Fresh and Best General Trading untuk melancarkan jualan dan promosi di Dubai melalui platform eperdagangan (orchidmas.com).

“Produk orkid hibrid Mokara ini akan dijadikan bunga keratan untuk dieksport dalam bentuk kotak hadiah dengan konsep ‘Sedia untuk Dipamerkan’” yang akan memberi nilai tambah kepada produk itu,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 270 Kotak Hadiah Emas Orkid Malaysia dilancarkan pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 pengusaha hotel dan usahawan Emiriah Arab Bersatu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.510162 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list