CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 0

[Sabah] IPT disaran lebih agresif lahirkan graduan berkualiti

[Copy link]
Post time 25-2-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Salleh menerima cenderahati semasa program terbabit.

KOTA BELUD: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini harus lebih agresif melahirkan graduan berkualiti dan sentiasa relevan bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, graduan perlu didedahkan dengan bidang kepimpinan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis, kerja berpasukan dan mempunyai perwatakan global.

"Dunia pekerjaan dengan ketidaktentuan ekonomi hari ini amat mencabar, oleh itu, graduan perlu bersedia untuk bersaing demi pekerjaan dan masa depan," katanya.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pogram Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini hari ini.

Program itu anjuran bersama SSK Centre, Akademi Pembangunan Minda Sdn Bhd dan PERKESO.

Dalam pada itu, Salleh menyambut baik inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang sentiasa komited mempergiatkan pelbagai inisiatif ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menurutnya, Kadar Belum Bekerja Graduan bagi negeri Sabah menunjukkan penurunan pada tahun 2023 sebanyak 7.6 peratus kepada 14.2 peratus berbanding tahun 2022 sebanyak 21.8 peratus.

Beliau berkata, penurunan itu membuktikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan khususnya kerjasama seumpama amat signifikan dan diyakini mampu terus mengurangkan kadar pengangguran Sabah.

“Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), secara holistiknya sejumlah 569.2 ribu penganggur direkodkan pada Suku keempat 2023.

“Kadar ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus iaitu 570.9 ribu orang pada suku sebelumnya.

“SSK Centre akan sentiasa berusaha dan komited dalam membantu melonjak dan meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan IPT demi kebaikan bersama,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.535627 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list