CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 0

[Sabah] Seorang lagi ahli Geng Raqib ditahan

[Copy link]
Post time 25-2-2024 09:53 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian barangan yang dirampas semasa penahanan suspek.

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lagi ahli kumpulan Geng Raqib selepas beberapa hari memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan di Menggatal, di sini.

Suspek warga asing berumur 34 tahun ditahan sepasukan pegawai serta anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Kontinjen Sabah pada jam 10 pagi.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, siasatan serta operasi risikan dijalankan selepas seorang pemilik rumah mendakwa rumahnya dipecah masuk pada jam 9 malam 17 Februari lalu.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai mekanik dan berusia 39 tahun itu mengalami kerugian sebanyak RM96,000 selepas barangan berharga di dalam rumah terbabit dilarikan suspek.

“Hasil siasatan terperinci, suspek akhirnya berjaya ditahan di sebuah bilik sewa di rumah penginapan Kampung Laya Laya, Tuaran.

“Turut dirampas ialah satu unit telefon bimbit, dua beg dompet mengandungi kad bank dan lesen memandu, duit syiling 33 keping pelbagai matawang dan beg sandang jenama antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis berjaya menahan lima individu termasuk ketua kumpulan Geng Raqib selepas aktif menjalankan jenayah pecah rumah sejak pertengahan tahun lalu dalam dua serbuan berasingan di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Kesemua suspek turut dikehendaki selepas melakukan sekurang-kurangnya 17 kes pecah rumah di beberapa daerah di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.196733 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list