CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 861|Reply: 0

[Sabah] Dua bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit ditahan

[Copy link]
Post time 25-2-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Salah seorang juragan yang membawa barang kawalan tanpa permit ditahan dalam operasi berkenaan.

TAWAU: Dua bot kargo ditahan selepas didapati membawa pelbagai muatan barang kawalan tanpa permit dalam dua pemeriksaan berasingan di perairan daerah ini, semalam.  

Kedua-dua bot kargo yang dikendalikan juragan tempatan itu ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang menjalankan Ops Tiris dan Ops Pluto Timur.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo pertama ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari perairan Tawau menuju ke kawasan sempadan Malaysia-Indonesia kira-kira 1.45 petang.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika utara muara Sungai Melayu, mendapati seorang juragan berusia 24 tahun membawa muatan 1,000 kilogram beras putih.

“Muatan lain iaitu 561 kilogram minyak masak peket, 325 liter bahan api jenis petrol, 48 kilogram gula pasir dan empat tong gas petroleum cecair (LPG).

“Sebuah lagi bot kargo ditahan di kedudukan 1.0 batu nautika selatan Kuala Sungai Tawau, pada jam 2.30 petang, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan bot kargo kedua itu menemukan 10 tong bahan api jenis diesel kira-kira 250 liter, lapan tong berisi 200 liter petrol.

“Turut ditemukan 72 botol minuman keras pelbagai jenama dan 33 karton rokok tidak bercukai yang dibawa oleh seorang juragan berusia 32 tahun.

“Pemeriksaan dokumentasi ke atas kedua-dua bot kargo itu mendapati juragan terbabit gagal mengemukakan sebarang permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa,”katanya.

Katanya, kedua-dua juragan, bot serta muatan itu ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau.

“Semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM100,000.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, Shahrizan berkata pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kes-kes penyeludupan barang kawalan yang kerap berlaku di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia.

“Walaupun pelbagai taktik digunakan oleh sesetengah peniaga bagi mengaburi pihak berkuasa, Maritim Malaysia akan terus memastikan sindiket penyeludupan di sempadan dibanteras.

“Siasatan juga akan menjurus ke arah cubaan penyeludupan barangan berikutan kedudukan lokasi tangkapan adalah di kawasan sempadan negara,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.510895 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list