CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5944|Reply: 0

[Kedah] Harga beras putih tempatan perlu munasabah - MADA

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Harga beras putih tempatan perlu munasabah - MADA


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 25, 2024 @ 2:56pm  bhnews@bh.com.my




Foto hiasan




ALOR SETAR: Kerajaan disaran menyemak semula harga beras putih tempatan pada harga lebih munasabah seiring peningkatan kos di peringkat peladang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh, berkata harga beras putih tempatan yang kekal pada RM26 setiap 10 kilogram (kg) sejak 2008 perlu dinaikkan kepada RM30 bagi memastikan ia mudah diperoleh di pasaran.

"Harga RM26 bagi setiap 10kg memang sukar diperolehi, yang ada sekarang RM38 ke atas, manakala beras import pula harganya lebih RM40 dan ada yang mencecah hingga RM50 dan RM60.

"Bagi beras putih tempatan, berdasarkan pengiraan saya, walaupun dengan harga belian padi RM1,600 setan, ia boleh dijual pada harga RM30 setiap 10kg. Itu kadar pasaran semasa yang akan memberi situasi menang-menang kepada tiga pihak iaitu peladang (pesawah), pengguna dan juga pengilang.

"Jika kita tetapkan harga beras putih tempatan RM30 setiap 10kg dan beras putih import RM32, nampak adil," katanya ketika dihubungi.

Ismail berkata bagi memastikan golongan B40 mampu membeli beras dengan harga berkenaan, kerajaan perlu menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk memberi subsidi bersasar.

"Sebagai contoh sekiranya sebuah keluarga guna 20kg beras sebulan, maka RM8 boleh dikreditkan terus ke akaun bank mereka setiap bulan.

"Dengan kaedah ini, kerajaan hanya perlu mengeluarkan subsidi sebanyak setengah bilion ringgit setahun untuk golongan sasar, dan saya rasa golongan M40 dan T20 tidak mempunyai masalah untuk membeli harga beras tempatan RM30 bagi setiap 10kg," katanya.

Beliau mendakwa harga beras di pasaran pengilang yang mahu keuntungan melampau.

Katanya, golongan pengilang beras kebanyakan adalah jutawan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu bertegas dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.539847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list