CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12924|Reply: 0

[Tempatan] Akhirnya...RM599 harga maksimum tiket ke Sabah, Sarawak, Labuan sempena Aidilfitri – Loke

[Copy link]
Post time 24-2-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode
JELEBU, Feb 24 ― The government has set a maximum fare of RM599 for a one-way economy class flight from the peninsula to Sabah, Sarawak, and Labuan, applicable for travel three days before Hari Raya Aidilfitri.

Transport Minister Anthony Loke said this initiative was part of the government's efforts to assist people in travelling back to their hometowns for Aidilfitri in April.


“We have a policy for all festivals, be it Chinese New Year, Aidilfitri, Gawai, Keamatan, or Christmas. Three days before these celebrations, the government will set the maximum price (of flight tickets). However, in the peninsula, where alternative modes of transportation like buses and trains are available, no maximum price is set.

“Those who buy (airline tickets) early may get a cheaper price, but in the event of ticket shortages, prices may surge...any increase exceeding RM599 will be covered by government subsidies within the three-day period,” he told reporters after officiating the groundbreaking ceremony for a new school building here today.

The Seremban Member of Parliament said, however, that the ministry would seek the views of all parties, including the Minister in the Prime Minister's Department (Religious Affairs), to determine the exact date of Aidilfitri before finalising the implementation of the maximum ticket price.


“This year's Hari Raya is expected to fall on Wednesday or earlier. We anticipate that this year's peak period (people returning to their hometowns) is on the Saturday and Sunday before Raya; therefore, the implementation period may be set on that weekend,” he said.

Loke, who is also the Chennah assemblyman added that certain airlines may offer fixed prices for particular night flights and provide additional flights.

“For example, Air Asia is gearing up to unveil a special deal featuring fixed, pocket-friendly fares for flights operating at night. These particular flights, only available a few times a day, are scheduled to be launched in March,” he said.

Meanwhile, in response to a question regarding individuals renting helicopters to return to their hometowns during festive seasons, Loke said that all flights must be registered with the appropriate authorities. ― Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, jadik yang dari Sabah, Sarawak, Labuan, nak balik Peninsular cemana? Sama or takda had harga? Ha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 09:58 PM | Show all posts
Dah tiba masanya sediakan option feri antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mungkin ada di kalangan rakyat yg tak kisah dan suka adventure mcm akak nihh, makan tido dlm kapal
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 24-2-2024 01:58 PM
Dah tiba masanya sediakan option feri antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mungkin ada di kalangan ...

Aiol nak luxury cruise, vleh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:33 PM | Show all posts
dani-rox replied at 24-2-2024 09:58 PM
Dah tiba masanya sediakan option feri antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mungkin ada di kalangan ...

Feri Malaysia tersenyum siniss dari kuboran


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:41 PM | Show all posts
antikorok replied at 24-2-2024 10:33 PM
Feri Malaysia tersenyum siniss dari kuboran

Feri Malaysia tu dah tahap besi buruk masa kita beli dari Finland kan? Tak heranlah semput2 dan tak panjang umur sebegitu. Malaysia bole belajar dgn Jepun cemana industri feri dia org begitu maju jaya sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2024 10:49 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-2-2024 10:29 PM
Aiol nak luxury cruise, vleh?

Ha'ahkan... sediakan dua ferry, utk kelas premium golden dragon dan economy Atau ala2 Titanic - satu kapal ada kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dari Sabah, Sarawak, Labuan balik Semenanjung takde diskaun ke? Ni prejudis ni. Ko ingat orang semenanjung takde bekerja kat sana ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JELEBU – Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

“Memang kita ada dasar untuk semua perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Keaamatan dan Krismas, tiga hari sebelum raya, kerajaan akan tetapkan harga maksimum itu. Dalam Semenanjung tiada harga maksimum sebab ada mod pengangkutan lain seperti bas dan kereta api.

“Kalau yang beli awal (tiket penerbangan) mungkin dapat harga lebih murah, tapi kalau ada kekurangan tiket maka harga akan melambung…sebarang kenaikan daripada RM599 akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah bangunan baharu bertingkat sebuah sekolah di sini hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata bagaimanapun kementerian akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.

“Saya difahamkan raya tahun ini mungkin Rabu (12 April) atau lebih awal, kita anggarkan tahun ini waktu puncak (orang pulang) adalah pada Sabtu (9 April) dan Ahad (10 April) sebelum raya, jadi penetapan kita mungkin pada hujung minggu tersebut, itu anggaran tapi kita kena dapatkan pandangan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah itu berkata syarikat penerbangan turut menyediakan penerbangan tambahan selain ada yang menawarkan harga tetap untuk penerbangan tertentu pada waktu malam.

“Umpamanya AirAsia, mereka ada tawarkan harga tetap yang murah untuk penerbangan pada waktu malam, hanya beberapa penerbangan khas setiap hari, itu akan dilancarkan pada Mac nanti, “ katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai terdapat individu yang menyewa helikopter untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan, Loke berkata perkara itu belum menjadi norma masyarakat namun sebarang bentuk penerbangan mesti didaftarkan kepada pihak berkaitan. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 12:18 AM | Show all posts
dani-rox replied at 24-2-2024 09:58 PM
Dah tiba masanya sediakan option feri antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mungkin ada di kalangan ...

Kannnn.....tapi berapa hari nak melintas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 01:08 AM | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 25-2-2024 12:18 AM
Kannnn.....tapi berapa hari nak melintas tu?

Kalau ikutkan perjalanan Feri Malaysia, Kuantan - Kuching - Kota Kinabalu ambik masa 2 hari 1 malam. Ai rasa okay kot, sempatlah merasa tido atas kapal, dan buat aktiviti spt berpoco-poco dan tarik tali
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-2-2024 09:36 PM
Aik, jadik yang dari Sabah, Sarawak, Labuan, nak balik Peninsular cemana? Sama or takda had harga? H ...


hri tu CNY 2org rm1.7k, nasib balik emergency,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067080 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list