CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12455|Reply: 0

[Kedah] Wanita hamil 5 bulan dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang

[Copy link]
Post time 24-2-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Wanita hamil 5 bulan dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Wanita yang hamil lima bulan disoal siasat pegawai PADK selepas dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang di rumah sewanya di Kulim Hi Tech. FOTO IHSAN PADK




Kulim: Seorang wanita yang hamil lima bulan yang masih isteri orang dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang di rumah sewa wanita itu di Kulim Hi -Tech, di sini, tengah malam tadi.

Pasangan itu dicekup oleh sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) jam 12.06 tengah malam selepas menerima aduan berhubung kejadian itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir enam minit, pintu dibuka wanita berusia 27 tahun itu dan kemudian membenarkan mereka masuk ke dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan menemukan seorang lelaki di sebuah bilik di rumah itu dan hasil soal siasat mendapati mereka bukanlah suami isteri atau mahram.

"Ia menimbulkan syak berlakunya khalwat di rumah itu dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

"Wanita itu bekerja di Kulim, manakala suaminya pula bekerja di Ipoh, Perak dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.

"Bagaimanapun kesempatan tinggal berjauhan itu diambil oleh wanita berkenaan ketika suaminya tiada di rumah untuk membawa lelaki itu tinggal bersamanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Sharifudin berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita itu sudah setahun berkenalan dengan lelaki itu disebabkan mereka bekerja di syarikat sama.

Katanya, ketika ditahan, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan hanya singgah sekejap di rumah wanita itu namun pemeriksaan lanjut mendapati dia tinggal di situ lebih dari sehari berdasarkan penemuan pakaiannya yang banyak di rumah itu.

"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan dan tangkapan serta diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.



Disiarkan pada: Februari 24, 2024 @ 9:25am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.208418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list