CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15610|Reply: 16

[Politik] Ahli-ahli parlimen digesa jangan berperangai macam di zoo, Sesi Dewan Rakyat 26, Februari 2024

  [Copy link]
Post time 24-2-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 26-2-2024 07:05 AM



BERA – Kerajaan yang diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencatat pelbagai kejayaan walaupun hanya dalam tempoh 14 bulan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ia termasuk kejayaan Ismail Sabri mengeluarkan negara da­ripada pandemik Covid-19 serta menstabilkan politik negara dengan menjalin memorandum persefahaman kerjasama bersama pembangkang.

Sehubungan itu, bagi Ismail Sabri, beliau tidak me­ngendah tindakan pembangkang mencerca beliau sebagai pemimpin paling singkat jadi Perdana Menteri kerana yang mustahak tentang pencapaian kerajaan pimpinannya.

Sinar Harian

—————-

Ahli Parlimen kena buktikan mereka lebih baik daripada budak sekolah, kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh. Menyanggah pandangan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pula berkata wakil rakyat bukan seperti kanak-kanak sekolah yang perlu dihukum atau seperti penjenayah yang dikenakan denda macam di mahkamah.

Dua pendirian berlawanan itu melambangkan kepelbagaian yang diraikan dalam sidang Dewan Rakyat kerana sesuatu isu itu ada pro dan kontranya asalkan batas-batas susila dan peraturan mesyuarat dipatuhi ketika berbalas hujah dan berbahas.

Di tengah-tengah dua pandangan berbeza itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menegaskan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula Isnin hingga 27 Mac akan dijalankan dengan lebih serius dan diangkat kedudukannya agar lebih mulia. Serentak dengan itu, perjalanan Parlimen dihasratkannya akan nampak world class dan tidak lagi dilihat menjadi tempat yang ditempelak masyarakat — sesetengah mereka membandingkannya dengan suasana di zoo.

“Tempoh ‘honeymoon’ sudah berakhir dan kini masa untuk serius. Kita sangat serius kali ini, Parlimen akan menjadi tempat termulia, sebab kita buat undang-undang yang terpakai kepada seluruh rakyat di Malaysia. Maksudnya bila kita berdebat, cara berdiskusi kita akan lebih berhemah dan berfakta, tidak lagi terkait dengan emosi dan lain-lain,” tegasnya sempena ucapan amanah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Sebelum ini, Akmal ketika menegur Ahli Parlimen yang tidak bersetuju nama mereka dipaparkan dalam laman web Dewan Rakyat kerana ponteng sesi persidangan perlu menunjukkan contoh lebih baik daripada pelajar sekolah. Sebaliknya, mereka dituntut menonjolkan kepimpinan melalui teladan sekiranya mahu menjadi seorang wakil rakyat yang matang.

“Jadi, sepatutnya kena buktikan semua ahli Parlimen lebih baik daripada budak sekolah. Bukan hanya terpekik terlolong dalam Parlimen berbahas dengan tidak matang dan isu yang tidak membantu rakyat,” katanya.

Sebelum ini Johari dilapor berkata nama Ahli Parlimen yang ponteng dengan sengaja mungkin dipaparkan di laman web Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat. Tindakan itu antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan Parlimen yang diwakili.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu, kadang-kadang Ahli Parlimen tidak hadir selama beberapa hari tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan walaupun mereka dibayar RM500 sebagai elaun harian.

Dalam pada itu, Hassan dalam mempertikaikan cadangan denda dinaikkan 10 kali ganda kepada RM10,000 terhadap wakil rakyat yang melanggar peraturan mesyuarat seperti mengeluarkan kenyataan tidak wajar, menganggapnya sebagai penghinaan terhadap institusi Parlimen. Padanya, hukuman sebegitu melanggar hak dan kebebasan Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Ahli Parlimen bukannya kanak-kanak sekolah atau penjenayah yang perlu dihukum denda macam di mahkamah,” katanya. “Hukuman sedia ada memadai iaitu Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh jawatankuasa hak dan kebebasan dihukum gantung sekadar beberapa hari atau minggu. Jika terlalu serius, gantung beberapa bulan.”

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP berkata speaker wajar mempertimbangkan hukuman gantung dan keluar dewan yang dirasakannya lebih berkesan. “Kalau kamu gantung dia, dia lebih takut. Semua Ahli Parlimen nak masuk ke dewan untuk bangkitkan isu mereka. Sama ada kerajaan atau pembangkang, semua nak masuk dewan berhujah,” katanya.

Ini susulan satu pengumuman Johari pada Ogos tahun lalu bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar maksimum denda terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan Parlimen selain selain digantung tugas. Langkah itu boleh dilakukan melalui pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) bagi memastikan setiap Ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara.

Free Malaysia Today
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 26 Users voted

Count down: 300 Days23 Hours26 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari sudut antarabangsa, takde sape boleh cabar liz truss 44 hari jalan terus.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 24-2-2024 12:37 AM

Kejap Tau x idea kereta terbang dtg Dr mana? Jawabnya ialah Dr Dan semasa kerajaan PH memerintah.

Fun fact kerajaan malaysia Ari ini ialah kerajaan PH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2024 03:19 AM | Show all posts
otai_g replied at 24-2-2024 02:54 AM
Kejap Tau x idea kereta terbang dtg Dr mana? Jawabnya ialah Dr Dan semasa kerajaan PH memerintah.
...


Otai konon, tak payah nak buat2 naive sangat..Atok pun sokong jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jovian tersenyum sinis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-2-2024 02:54 AM
Kejap Tau x idea kereta terbang dtg Dr mana? Jawabnya ialah Dr Dan semasa kerajaan PH memerintah.
...

Kereta terbang idea Redzuan yusop dr Bersatu geng abahcow & jemin semburit
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 08:56 AM | Show all posts
tahniahh.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 24-2-2024 08:05 AM
Kereta terbang idea Redzuan yusop dr Bersatu geng abahcow & jemin semburit

Dan pd Ms itu mereka di bwh PH Dan tiada mn2 komponen dlm PH menentang idea tersebut. Maksud?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Menanti dgn penuh khusyuk dan tawadduk....opening address dari agong baru.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 06:18 PM | Show all posts
So pencen dapat tak? Itu je my concern

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ja Melayu asli dalam senarai ni? Ismail Sabri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembeli mask sirim tali senang putus tersenyum sinis…


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 24-2-2024 11:09 PM
Pembeli mask sirim tali senang putus tersenyum sinis…

Iols stapler tali tu.


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-2-2024 10:30 PM
Sapa ja Melayu asli dalam senarai ni? Ismail Sabri?

Panglima bugis najib sama kasta bugis dgn SS ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat bersidang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
gigihhh caitro berbayar sekor tu. sampai ke cari dia merogol medsos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.494583 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list