CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10588|Reply: 0

[Sabah] JKDM Sabah gagalkan pengedaran dadah terbesar, rampas 205 kilogram syabu bernilai RM6.85 juta

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-2-2024 03:15 PM



RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan syabu semasa sidang media di sini.


SIDANG MEDIA: Mohd Nasir semasa sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar di sini.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan pengedaran dadah dalam satu operasi di gudang Pos Aviation Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) 15 Februari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan dijalankan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) kira-kira jam 9.10 pagi selepas mesin pengimbas JKDM Sabah mengesan bungkusan mencurigakan di dalam 15 kotak di gudang terbabit.

“Pasukan COBRA kemudiannya menjalankan serbuan di sebuah pos pengiriman barang di HS Commercial Centre Penampang menerusi Operasi Dragon Malaysia Korea (MK) dan hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut mendapati kotak terbabit mengandungi dadah jenis methapetamine.

“Rampasan dadah terbabit seberat 205 kilogram dan dianggarkan bernilai RM6.85 juta berdasarkan nilai pasaran semasa,” katanya semasa sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar di sini.

Bercakap lanjut beliau berkata, kesemua dadah itu dibungkus menggunakan pembungkus plastik pelbagai warga yang tertera bungkusan teh cina sebelum dimuatkan di dalam bungkusan kotak berkenaan.

“Modus Operandi pihak pengedar adalah dengan menghantar dadah melalui perkhidmatan kurier dan menggunakan alat pembungkus seumpama bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa

“Setakat ini JKDM Sabah belum membuat sebarang tangkapan dan usaha mengesan suspek atau ahli kumpulan penyeludup serta pihak berkaitan lain giat dijalankan.

“Penerima bagi bungkusan ini juga sukar dikesan berikutan sindiket penyeludup hanya menggunakan alamat pejabat premis penghantar barang dan bungkusan ini akan dituntut sendiri di premis terbabit oleh sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, ini adalah rampasan terbesar bagi JKDM Sabah tahun ini dan sekiranya terlepas, bekalan dadah ini boleh menjejaskan lebih 600,000 penagih.

Dalam pada itu katanya, COBRA yang berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi diyakini mampu melaksanakan lebih banyak rampasan bagi memastikan tiada bekalan dadah yang terlepas ke negeri ini.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata JKDM Sabah menyeru orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060345 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list