CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9633|Reply: 0

[Sabah] Kilang usik meter SESB diserbu

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:10 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Kakitangan SESB menjalankan pemeriksaan terhadap meter kilang.

TUARAN: Dua kilang diserbu selepas dipercayai melakukan pengusikan terhadap pepasangan meter milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, serbuan menerusi Op Letrik dijalankan sepasukan polis Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah dan jurutera SESB.

Katanya, serbuan pertama dijalankan kira-kira jam 5 petang membabitkan kilang sejuk beku di Jalan Sulaman Gayang.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh jurutera SESB mendapati terdapat pengusikan pepasangan meter yang menyebabkan bacaan meter milik SESB tidak tepat.

"Pihak jurutera SESB mengesahkan berlaku kecurian arus elektrik digunakan pada premis berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Azmi berkata, seorang lelaki yang juga penjaga premis berumur 28 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

"Serbuan kedua membabitkan premis yang menjalankan perniagaan berasaskan sumber laut di Kampung Batangan Baru, Jalan Gayang, Tuaran, jam 6.45 petang, hari sama.

"Pemeriksaan pada pepasangan meter di premis itu oleh jurutera SESB mengesan turut pengusikan pada pepasangan meter yang menyebabkan bacaan meter milik SESB tidak tepat dan mengesahkan berlaku kecurian arus elektrik," katanya.

Menurutnya, penjaga premis lelaki berumur 47 tahun ditahan dan kedua-dua tangkapan dibawa ke pejabat JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk siasatan lanjut.

"Pasukan serbuan turut merampas barang-barang yang digunakan untuk pengubahsuaian letrik di premis berkenaan.

"Perbuatan mengusik pepasangan meter di dua kilang ini menyebabkan SESB mengalami kerugian bernilai RM85,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.118601 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list