CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9176|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas minyak masak disembunyikan dalam rumah sewa

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:07 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Minyak masak yang dirampas di dalam rumah sewa terbabit.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya menumpaskan kegiatan seorang lelaki yang menyorokkan 782 peket minyak masak bersubsidi di dalam sebuah rumah sewa di Tanah Merah, Jalan Batu Sapi, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, rampasan dijalankan Markas Operasi (MO) PPM Sandakan pada jam 11.20 malam selepas pasukannya mengesan dan mengekori sebuah van yang mencurigakan.

"Selepas mengekori van berkenaan hingga ke sebuah rumah beralamat di Tanah Merah, van terbabit berhenti.

"Pemandu van yang menyedari kehadiran pasukan operasi kemudian bertindak melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam sebuah rumah yang tidak berkunci menemukan 46 beg plastik hitam.

"Hasil pemeriksaan mendapati setiap beg plastik hitam itu berisi 17 peket minyak masak yang disimpan ditingkat bawah rumah sewa berkenaan.
"Nilai keseluruhan rampasan termasuk van berjumlah RM16,955," katanya.

Tambahnya, semua rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

"Rampasan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059147 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list