CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8631|Reply: 0

[Sabah] 292 PTI dihantar pulang ke negara asal

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode


PULANG: Antara PTI yang dihantar pulang ke negara asal.

KOTA KINABALU: Seramai 292 pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau.

PTI yang ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut Feri Purnama Express dan Francis Express, ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata, pemindahan membabitkan 183 lelaki, 90 wanita dan 18 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun serta seorang bayi.

"Ini adalah program pemindahan siri empat untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing.

"Semua PTI yang ditahan di Depot Imigresen ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan media di sini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Katanya, Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

"Operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua depot imigresen di negeri ini

"Semua agensi penguatkuasaan di Sabah juga akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058635 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list