CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8232|Reply: 0

[Sabah] Polis tahan dua pengedar, rampas syabu bernilai RM2,150

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:04 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Dadah jenis syabu yang dirampas semasa penahanan suspek.

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan dua pengedar dadah dan merampas sejumlah syabu bernilai RM2,150 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam dua siri serbuan berasingan pada 16 dan 20 Februari lalu di Pekan Donggongan, di sini.

“Serbuan pertama membabitkan seorang lelaki berumur 20-an dan hasil pemeriksaan fizikal terhadap saspek menemukan empat peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.20 gram yang dianggarkan bernilai RM1,050.

“Tangkapan kedua pula dibuat pada 20 Februari membabitkan seorang lelaki 40-an yang didapati memiliki enam peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.42 gram dengan nilai pasaran RM1,100,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil daripada ujian saringan awal air kencing.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan masyarakat terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Masyarakat juga diminta terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.335287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list