CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8037|Reply: 0

[Sabah] Lima termasuk wanita ditahan terbabit judi dalam talian

[Copy link]
Post time 23-2-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian rampasan sepanjang Op Dadu dijalankan.

KOTA KINABALU: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan judi dalam talian melalui Op Dadu.

Operasi selama tiga hari itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, operasi serbuan dijalankan di lima premis di daerah ini, Penampang dan Keningau.

"Hasil operasi berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun.

"Pasukan serbuan turut merampas empat telefon bimbit dan wang tunai RM2,451 yang dipercayai hasil kegiatan judi dalam talian," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, semua tangkapan dipercayai terbabit dengan kegiatan perjudian dalam talian.

"Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu, Penampang dan Keningau untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1954," katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan dan risikan bagi membanteras kegiatan judi dalam talian di negeri ini.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan judi dalam talian diharap dapat menyalurkannya bagi sama-sama membanteras kegiatan itu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.373504 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list