CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2414|Reply: 0

[Sabah] Hampir 1,000 hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina WARISAN Keningau

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (depan lima kiri) bersama Ketua Bahagian WARISAN Keningau Rasinin Koutis (depan empat kiri) dan Timbalan Ketua Bahagian Raymond Goh (depan lima kanan), Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong (depan, pertama kanan) dan Datuk Junz Wong (depan, tiga kanan) dan tetamu kehormat lain merayakan bersama di Keningau Mall.

KENINGAU: Hampir 1,000 tetamu termasuk orang awam hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Parti Warisan (WARISAN) Keningau.

Timbalan Ketua Bahagian WARISAN Keningau Raymond Goh berkata, pihaknya telah menyediakan sejumlah 54 meja dan ratusan bungkusan makanan kepada orang awam.

"Ini adalah kali kedua kita menganjurkan sambutan ini, kali ini kita menganjurkan di kawasan parkir Keningau Mall.

"Jumlah yang hadir sebenarnya lebih ramai, tetapi disebabkan ruangan yang terhad, maka tetamu yang dijemput juga dikurangkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan isu kemudahan asas seperti bekalan air masih menjadi masalah besar kepada penduduk di sini.

Katanya, pihak berwajib juga diminta segera menyelesaikan isu terbabit demi kepentingan bersama.

"Penduduk kampung khususnya sering mengalami masalah bekalan air, di kawasan persekolahan juga mengalami masalah yang sama.

"Selain itu, kos sara hidup juga semakin meningkat dan ia membebankan penduduk di daerah ini," katanya.

Raymond yang Pengerusi Penganjur berkata, beliau mempunyai harapan besar untuk melihat ekonomi negara, khususnya negeri Sabah bertambah baik.

Katanya, kebajikan masyarakat perlu dijaga baik agar mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih mampan.

"Ekonomi yang baik sekali gus mampu mewujudkan persekitaran kehidupan lebih kondusif kepada semua pihak," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055280 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list