CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 0

[Sabah] Jangan mudah terpengaruh sentimen perkauman, etnik

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode


AMANAT: Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap dihadapan hampir lebih seribu rakyat dari segenap lapisan di Keningau.

KENINGAU: Rakyat Sabah diminta jangan lagi terpengaruh dengan penggunaan sentimen perkauman atau etnik oleh mana-mana parti kerana ia hanya memecahkan masyarakat negeri ini.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah khususnya mempunyai paling banyak parti politik yang mana kebanyakkannya mewakili etnik atau kaum tertentu.

"Kita mesti ada kesatuan demi kemajuan bersama pada setiap masa, bukan hanya tiba pada masa Pilihan Raya.

"Bila tiba Pilihan Raya datanglah mereka meminta undi...tetapi apa isu  kemudahan asas yang mereka telah selesaikan?," katanya ketika merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 WARISAN Bahagian Keningau di sini, malam ini.

Shafie yang juga Mantan Ketua Menteri berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, rakyat Sabah perlu mempunyai fikiran yang lebih matang untuk memilih wakil-wakil rakyat yang mampu membantu memperkasakan kebajikan rakyat.

"Pilihlah calon dan parti yang sentiasa mengambil perhatian terhadap kemiskinan penduduk khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Saya berharap pada PRN depan, pastikan masyarakat Sabah ada perpaduannya, kesatuan dan fikir demi pembangunan Sabah, sekali gus  memperkasakan lagi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta lain-lain," katanya.

Ahli Semporna itu juga menjelaskan Keningau mempunyai banyak ladang kelapa sawit, tetapi tidak ada kilang pengeluaran minyak masak.

Katanya, kemudahan itu perlu diwujudkan demi kepentingan rakyat di sini dan Sabah secara keseluruhan.

Menurutnya, industri hiliran daripada kelapa sawit perlu diwujudkan di Sabah agar lebih banyak produk berkaitan komoditi itu mampu dihasilkan sendiri di negeri ini.

Hadir sama Ketua Bahagian WARISAN Keningau Rasinin Koutis, Timbalan Ketua Bahagian Raymond Goh, Naib Presiden Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Junz Wong serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048671 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list