CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2301|Reply: 0

[Sabah] Joachim wakil Hajiji beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode


PENGHORMATAN: Joachim (empat kanan) dan Ruslan (tiga kiri) memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah serta rakyat negeri ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Joachim ditemani isterinya Datin Seri Lindah Ewit bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam turun menyampaikan ucapan takziah kepada kepada ahli keluarga dan rakyat Sarawak atas pemergian pemimpin yang hebat.

"Dia antara pemimpin yang paling lama berkhidmat  sebagai Ketua Menteri yang menjadikan Sarawak sebuah negeri yang hebat sebagaimana keadaan hari ini.

"Justeru, kami pun turut merasakan kehilangan beliau sebagai seorang pemimpn yang hebat," katanya di sini hari ini.

Abdul Taib, yang juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi semalam.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/02/22/joachim-wakil-hajiji-beri-penghormatan-terakhir-kepada-tun-abdul-taib

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.486766 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list