CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 0

[Sabah] Parlimen Tawau taja 10,000 orang carum PERKESO

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:39 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Lo menyiram air kepada kanak-kanak sebagai simbolik perasmian program berkhatan itu.

TAWAU: Pejabat Parlimen Tawau akan menganjurkan penajaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara percuma untuk 10,000 orang pada Sabtu ini.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas dan Balung.

Katanya, penajaan itu adalah peluang keemasan untuk penduduk di daerah ini yang belum mencarum supaya mereka juga dapat dilindungi oleh PERKESO.

“Perlindungan PERKESO ini sangat bermanfaat kerana ia dapat membantu meringankan beban keluarga sekiranya pencarum terbabit ditimpa musibah akibat kemalangan ataupun menghidapi penyakit.

“Justeru, saya menyeru kepada penduduk Tawau supaya turun beramai-ramai ke Dewan Masyarakat Tawau pada Sabtu ini untuk mendaftar caruman PERKESO secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program berkhatan di Kampung Titingan, di sini hari ini.

Menurutnya, slogan ‘Tawau First’ terus diberikan keutamaan bagi memberi perkhidmatan terbaik untuk penduduk di daerah ini sama ada dari segi kebajikan mahupun infrastruktur.

“Saya bersama wakil rakyat kerajaan yang lain seperti Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Hamild Awang berhasrat untuk menjadikan Tawau sebagai bandar yang maju.

“Kita berharap supaya hasrat itu dapat terlaksana dan sebagai wakil rakyat yang diberikan amanah akan cuba bersuara di Dewan Parlimen untuk masyarakat Tawau,” katanya.


ALBUM: Lo bersama penduduk dan kanak-kanak yang mahu berkhatan.

Beliau berkata, walaupun Tawau masih jauh ketinggalan berbanding bandar-bandar besar di semenanjung seperti Kuala Lumpur, tetapi ketika ini sudah banyak kemajuan yang dicapai.

“Masalah lampu jalan yang sering dilaporkan oleh penduduk di sini pula akan terus dimajukan ke peringkat atasan memandangkan ia di bawah jalan Persekutuan,” katanya

Mengulas mengenai program berkhatan pula, katanya, ia adalah kerjasama pihaknya bersama Pusat Zakat Tawau serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Apas dan Balung.

Katanya, program ini sangat bermanfaat kerana ia salah satu langkah bagi meringankan beban keluarga terutamanya yang kurang berkemampuan untuk membawa anak mereka berkhatan.

“Kanak-kanak ini adalah modal insan yang perlu diberikan perhatian dan program berkhatan ini sebagai inisiatif untuk menyantuni golongan itu.

“Saya akan pastikan program ini sentiasa dilaksanakan setiap musim cuti sekolah dan meningkatkan kualitinya termasuklah menggunakan kaedah terkini (laser),” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056382 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list