CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 0

[Sabah] SESB komited laksana CSR bantu rakyat di Sabah

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Madius (tengah), Lo (dua kanan) dan Mohd Yaakob (kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima bantuan.

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) komited melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat serta komuniti setempat di negeri ini.

Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sebagai syarikat utiliti di negeri ini sememangnya turut berperanan membantu kerajaan melaksanakan program bantuan di seluruh Sabah.

Katanya SESB akan menyumbang semula kepada rakyat dan negara melalui pelaksanaan CSR, di samping tanggungjawab utama memberi perkhidmatan pembekalan elektrik berkualiti dan berdaya harap.

  “Program CSR yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada empat kriteria iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Pembangunan Sukan dan Penjagaan Alam Sekitar.

“Ia bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti Program Bantuan Ceria Ke Sekolah, Projek bantuan komuniti setempat dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan kunci rumah Program Bantuan Mesra Rakyat (BMR) SESB, di sini hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

Menurutnya, program BMR ini adalah salah satu CSR SESB untuk membaiki atau membiayai pembinaan rumah golongan yang memerlukan.

“SESB melancarkan projek bantuan perumahan ini pada tahun 2020 yang disasarkan kepada orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin berstatus asnaf.

“Ia juga bagi menyahut saranan kerajaan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti SESB memainkan peranan membantu membina prasarana asas seperti rumah untuk golongan asnaf,” katanya.

Madius berkata, sejak tahun lalu, SESB telah membina tujuh buah rumah menerusi program ini di daerah-daerah terpilih termasuk di Tawau.

“Melalui program ini, saya berharap dapat membantu kehidupan ahli keluarga yang memerlukan supaya dapat tinggal di kediaman yang selesa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, kos pembinaan rumah ini adalah sebanyak RM75,000 dan mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.

“Penerima bantuan BMR ini bukan sahaja menerima sebuah rumah baharu, tetapi turut menerima sumbangan kelengkapan asas rumah seperti tilam, tong gas, langsir, meja dan kerusi makan.

“SESB telah memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk melaksanakan tujuh projek BMR di daerah Tambunan, Tuaran, Ranau, Kundasang, Kimanis, Tawau dan Kinabatangan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.297890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list