CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 0

[Sabah] DBKK kompaun dua penjaja tanpa lesen

[Copy link]
Post time 23-2-2024 09:23 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Kakitangan DBKK menjalankan pemeriksaan di sekitar tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas.

KOTA KINABALU: Dua penjaja dikompaun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen di sekitar Kompleks Sukan Likas di sini.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, kedua-dua penjaja terbabit dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil
(Penjaja) (Pindaan) 2008 Bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, operasi dijalankan 12 anggotanya melalui Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan di sekitar kawasan terbabit bermula jam 9.00 sehingga 10.30 malam Selasa.

“Operasi bertujuan untuk memeriksa dan membanteras penjaja haram di bandaraya Kota Kinabalu dan operasi kali ini ditumpukan di kawasan tempat letak kereta sekitar Kompleks Sukan Likas, Jalan Kompleks Sukan.

“Dua kompaun dikeluarkan kepada penjaja yang menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk mematuhi peraturan yang sudah dikuatkuasa oleh kerajaan.

“Orang awam yang ingin menjaja bolehlah mendapatkan lesen menjaja yang sah dari Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan berkaitan.

“Kita juga akan menjalankan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa agar aktiviti menjaja tanpa lesen di kawasan terbabit tidak berulang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.297642 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list