CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3589|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kejatuhan nilai ringgit, kerajaan perlu ambil tindakan praktikal - Gerakan

[Copy link]
Post time 23-2-2024 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Kejatuhan nilai ringgit, kerajaan perlu ambil tindakan praktikal - Gerakan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TONG Keong. FOTO arkib NSTP




Georgetown: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kerajaan Perpaduan memberi penjelasan berhubung isu Malaysia disenaraikan antara enam negara berisiko tinggi dalam hutang global.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, ia susulan pengumuman Institute of International Finance (IIF) baru-baru ini mengenai hutang global yang sudah mencecah paras tertinggi sebanyak AS$313 trilion iaitu kira-kira RM1,493.79 trilion pada tahun 2023.

Manakala nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa pasaran yang sedang pesat membangun turut mencecah rekod baru dan Malaysia antaranya sehingga menjadi cabaran besar bagi membuat pembayaran balik hutang.

"Ia satu fenomena yang sangat serius dan apakah langkah yang akan diambil Kerajaan Perpaduan bagi menyelamatkan negara kita?

"Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang berterusan menunjukkan keadaan ekonomi kurang optimistik namun Kerajaan Perpaduan masih enggan mengakui dan terus mengatakan ekonomi negara kita stabil, tidak terjejas serta tiada masalah," katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Tong Keong berkata, Kerajaan Perpaduan perlu menjelaskan krisis ekonomi negara kepada rakyat serta tidak cuba menutup kebenaran dan akhirnya menimbulkan panik.

Katanya, Kerajaan Perpaduan sering mengalihkan perhatian daripada isu ekonomi contohnya tidak menyentuh atau membangkitkan isu itu tetapi mengumumkan jumlah pelaburan yang diluluskan negara pada 2023 yang mencecah RM329.5 bilion mencatat peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 2022.

"Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa prestasi pelaburan negara agak memberangsangkan, mengapa pula nilai ringgit tetap turun?

"Mengapa negara kita berada dalam senarai enam negara yang berisiko hutang tinggi di dunia?" katanya.

Menurutnya, kerajaan mesti segera memberi penjelasan berhubung langkah diambil bagi menyelamatkan ekonomi negara.

"Kerajaan Perpaduan perlu ambil tindakan praktikal bagi menangani impak terhadap ekonomi negara yang membebankan kehidupan rakyat akibat daripada kejatuhan nilai ringgit dan hutang negara terlebih tinggi.

"Rakyat mahu melihat tindakan praktikal yang diambil kerajaan bagi menangani kemelut ekonomi, bukan sekadar mendengar janji," katanya.



Disiarkan pada: Februari 23, 2024 @ 5:54pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.187449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list