CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6299|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siti Nur Imani Aafiyah perlukan RM90,000 untuk pembedahan jantung segera

[Copy link]
Post time 23-2-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Siti Nur Imani Aafiyah perlukan RM90,000 untuk pembedahan jantung segera

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
23 Februari 2024 11:56am




Siti Nur Imani Aafiyah bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan masih ditempatkan di wad hospital berikutan keadaannya yang kritikal.




BUKIT MERTAJAM - Bayi perempuan, Siti Nur Imani Aafiyah Mohamad Sobri yang mengalami masalah jantung memerlukan dana RM90,000 bagi menampung kos pembedahan yang perlu dilakukan segera.

Sejak dilahirkan sebulan lalu, Siti Nur Imani Aafiyah bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan masih ditempatkan di wad hospital berikutan keadaannya yang kritikal.



Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, anak kedua kepada pasangan Siti Safila Shukri dan Mohamad Sobri Ahmad dari Gurun, Kedah itu dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada 26 Februari ini namun berdepan dengan masalah kewangan.

"Siti Nur Imani Aafiyah disahkan menghidapi masalah truncus arteriosus disertai dengan kecacatan septum ventrikel (VSD) dan septum atrium (ASD) yang biasanya dikenali sebagai kecacatan jantung.



“Bayi perempuan itu kurang satu saluran darah di jantungnya sehingga dia tidak boleh bernafas sendiri.

“Justeru, doktor memberitahu pembedahan secepat mungkin perlu dibuat dalam tempoh dua minggu ini bagi menyelamatkan nyawanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sui Hau berkata, menurut ibu bayi berkenaan, semasa mengandungkan Siti Nur Imani Aafiyah, segalanya normal sehinggalah dia bersalin tanpa sebarang masalah dengan berat bayinya 2.74 kilogram.

Bagaimanapun katanya, ketika dilahirkan, tangisan Siti Nur Imani Aafiyah lemah sebelum doktor mendapati dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.




“Bayi ini turut mengalami sianosis (bibir dan kuku kebiruan) dan sesak nafas. Bahkan tiga hari selepas lahir, dia turut didiagnosis dengan radang paru-paru yang teruk dan kecacatan jantung yang mengancam nyawa,” katanya lagi.


Mohd Sobri (kiri) dan isterinya, Siti Safila (dua dari kiri) menunjukkan gambar anak mereka ketika mendapatkan bantuan daripada One Hope Charity & Welfare, baru-baru ini.




Sementara itu, Sui Hau berkata, kedua ibu bapa bayi itu hanya bekerja sebagai operator kilang dengan gaji RM1,550 setiap seorang.




Katanya, pasangan itu juga perlu membesarkan seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, sila hubungi One Hope Charity & Welfare di talian hotline 04-539 9212, 016-4192 192, 019-2322 192 dan 018-911 4192 atau layari onehopecharity.org.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun bank One Hope Charity & Welfare (Public Bank Berhad - 3201428817) dengan kod swift: PBBEMYKL.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.111718 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list