CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6395|Reply: 0

[Perlis] Batalion 3 PGA rampas syabu RM3.24 juta, seludup guna lubang pagar sempadan

[Copy link]
Post time 22-2-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 98.3 kg syabu ditemui di kawasan laluan keselamatan PB19 di Padang Besar, Isnin lalu.

PADANG BESAR – Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak menemui lima plastik hitam mengandungi 93 peket teh Cina berisi dadah jenis syabu seberat 98.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM3.24 juta di laluan keselamatan di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah memberitahu, dadah itu ditemui kira-kira pukul 3 pagi ketika seorang pegawai dan lapan anggota pasukan tersebut melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di kawasan laluan keselamatan PB19.

“Mereka menemui lima bungkusan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi guni-guni berwarna putih. Pihak polis membuat pemantauan dan pemerhatian selama tiga jam, namun tiada pergerakan individu yang menghampiri bungkusan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pasukan seterusnya merampas kesemua bungkusan plastik hitam berkenaan dan membawanya ke subtek Kompeni B Padang Besar untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan ke atas lima bungkusan plastik itu mendapati di dalamnya mengandungi guni berwarna putih berisi 93 peket teh Cina berwarna kuning bertulis Guan Yin wang.

“Di dalam peket teh Cina itu didapati mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 98.3 kg. Kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan dan siasatan lanjut,” ujarnya.

Menurut Mohd. Shokri, siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa masuk ke negara ini menggunakan laluan tikus iaitu melalui lubang pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini yang telah dipotong secara haram. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ang-pagar-sempadan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057828 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list