|
NORAZIHAN menjemur keropok di atas jemuran di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: Cuaca panas susulan Peralihan Monsun Timur Laut (MTL) serta fenomena El Nino memberi 'rahmat' kepada pengusaha keropok di negeri ini apabila dapat menjemur keropok dihasilkan.
Pengusaha keropok, Rosfaizo Yaacob, 52, berkata, dia menanggung kerugian lebih RM15,000 berikutan keropok dihasilkan rosak akibat cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh lalu.
Dia yang mengusahakan keropok sejak lebih 28 tahun lalu berkata, keropok yang masih dalam proses dikeringkan terpaksa dibuang akibat tidak kering sepenuhnya.
"Keadaan cuaca tidak menentu juga menyebabkan keropok siap dijemur atas jemuran terpaksa diangkat berulang kali," katanya ketika ditemui di kilang keropok, di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, di sini, tadi.
Rosfaizo berkata, pada musim tengkujuh, mereka tetap akan beroperasi berikutan terikat dengan kontrak pembekal ikan mentah.
"Walaupun mempunyai tempat untuk mengeringkan keropok menggunakan kaedah menjemur dalam bilik 'oven' menggunakan kipas serta menghidupkan unggun api namun ia jarang digunakan.
"Pelanggan lebih suka rasa asli keropok yang dijemur di bawah panas terik matahari berbanding mengguna unggun api," katanya.
Katanya, sepanjang musim panas ini, dia mampu menghasilkan kira-kira 250 sehingga 300 kilogram keropok keping sehari.
"Keropok yang dihasilkan ini dijual secara borong dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor serta Johor," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pada-tauke-keropok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|