CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9845|Reply: 66

“Habislah Sungai Melaka..” – Ala-Ala Negara Thailand, Pasar Terapung Di Melaka Jadi Bualan ‘Hangat’ Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:06 AM | Show all posts |Read mode






Difahamkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan susulan itu, kerajaan negeri menawarkan banyak tarikan untuk pelancong luar ke bandar bersejarah itu.


Antara tarikan yang boleh menarik pelancong adalah Pasar Terapung dan ia ala-ala pasar terapung di negara Thailand serta Indonesia.


Melalui platform X, seorang individu berkongsikan foto memaparkan deretan bot-bot peniaga yang ada di Sungai Melaka.





Individu berkenaan seolah-olah persoalkan saiz bot berkenaan seperti perahu kerana kelihatan kecil untuk peniaga meniaga.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak yakin dengan konsep tersebut kerana merasa ia seolah-olah ‘meniru’ negara lain tanpa ada idea sendiri.








Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang persoalkan mengenai bau sungai tersebut yang pastinya akan menganggu pelanggan atau pelancong yang datang.


Bahkan, ada juga yang berharap agar harga makanan atau minuman yang dijual tidak terlalu mahal seperti harga food truck.


SUMBER : X/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Opkos mahal laaa.tourist attraction.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:19 AM | Show all posts
pertama harga makanan mesti mahal punya pas tu confirm la sisa makanan akan buang dalam sungai tu...kitorang dah tahu lama dah perangai orang malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payH laAaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah joget ronggeng kat sane..lg hangat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:26 AM | Show all posts
seriusla nak buat floating market?
baper orang je peniaga pandai handle enjin bot? Cikai2 pon pandai paddle kayak?
Dah tu.. kena hire orang pulak utk handle boat / sampan.. tambah kos

mcm biasala.. segala benda buang sungai tu dah boleh diagak.. memang jahanam sungai.
Market nye siapa? Nak jual ke sape? Jual ke mereka yang jalan kaki tepi sungai kah?
Or akan ada pelancong naik bot jugak?
takat ni ada yg naik cruise tu je...

Bukan floating market kot... sekadar sight seeing naik bot je kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanammmm...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa nak tiru Siam? Takde identiti sendiri ke? Orang Siam memang culture dia pasar terapung tu. Ni mesti nak stop orang pergi berfoya ke Hadyai Bangkok Phuket ... Deyyy kalau harga kau murah, takdenya orang berdedai ke Siam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm berpatah blk ke blkg. Org dulu2 meniaga atas air sbb jalan darat x wujud lg. Tp skrg jalan darat da bnyk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:51 AM | Show all posts
kalau lepas habis pasar malam kan noks, biasanya kita boleh nampak betapa bersepahnya atas jalan tu dengan sampah segala macam. Sebab bagi diorang majlis bandaraya boleh tolong settlekan. Ummah tak guna konsep, lebih baik aku jaga kebersihan supaya orang lepas tu (majlis bandaraya) tak perlu nak susah-susah tolong bersihkan.

alah..sama je la yang bukak pintu kereta, terus main campak je sampah ke luar kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:55 AM | Show all posts
bnda ni kalau ada pemantauan yg ketat xpe....mengenangkan ni Mesia...alamat abisla sg mlaka tu...last bersih time pkp...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 12:10 PM | Show all posts
kalau peniaga org melaka tak payah risau,kbanyaknya pembersih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 12:12 PM | Show all posts
cendol kg hulu tu pun masa mula2 dulu yg biasa baru rm5... skrg tgk harga die berapa dah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 12:12 PM | Show all posts
tau la nnti dorg letak p/kuasa atau pasang cctv sepanjang sungai tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 01:17 PM | Show all posts
Jangan mahu kalah dengan Siam ... Tunjukan kepada turis betapa besar dan haibatnya empayar melaka  dahulu .. sebagai kuasa besar  dunia  penakluk seluruh alam melayu dan alam semesta ... lbahkan kunun ebih besar dan power daripada kuasa empayar britania raya pada masa puncaknya ....Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasar terapung Bangkok yang paling ori kat Damnoeng Saduak ja. Itu pun macam dah tak mampu nak maintain originality. Yang lelain even in Thailand esp Hat Yai tu nampak so fake.

Paling tak boleh belah yang kat Bandung tu. Fake in every way.

Aku harap kawan Thai aku tak dengar lah pasal ni. Mana nak sorok muka wei.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 02:22 PM | Show all posts
Satu2nya yang takkan mampu nak ditiru adalah harga semurah Thailand. Kalau murah takde rakyat Malaysia ni dok pulun nak ke Hatyai sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:33 PM | Show all posts
Hmm...pastu terlanggar bot kang mulalah berparang. Sedangkan produk lokal kat DP tu pun sendu nak cari cutsomer, inikan pulak ko nak promote kat sungai...ala-ala xpe kak, saya nak tetengok je dulu. Nak pulak musim ujan..lagilah sedey.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:40 PM | Show all posts
hmmm harap diperketatkan denda pembuangan sampah dlm sungai kepada peniaga
tp takleh jgk peniaga je kena sb kdg2 pelancong/pengunjung pn sama naik

dan 'sungai' belah mana dorg buat? kalau sungai area2 sepanjang dr kg mortem ke harc rock cafe tuu.. berbau la.. kang makin berbau la dgn hasil buangan air ke sampah peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:43 PM | Show all posts
harap korang jgn buat sampah la ye, dan jgn buang sisa makanan dlm sungai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.361423 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list