CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4196|Reply: 0

[Dunia] Janda terpedaya ‘love scam’, rugi RM7,000

[Copy link]
Post time 22-2-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode



BANGKOK –  Seorang wanita di wilayah Udon Thani ditipu hampir 50,000 baht (RM6,680) selepas diperdaya seorang lelaki yang berpura-pura jatuh cinta padanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Mangsa  berusia 52 tahun dan mengenali suspek, Suradech (bukan nama sebenar) pada September 2022 menerusi laman Facebook.
Suspek menyamar sebagai pengarah sebuah kolej vokasional terkenal di Udon Thani dan sering memberi perhatian serta melayan mangsa dengan baik.
Mangsa yang kesunyian selepas kematian suaminya mula terpedaya dengan perhatian yang diberikan sehingga dia mula memberikan  wang kepada lelaki itu.
Suradech dikatakan memberi pelbagai alasan kecemasan seperti kereta rosak dan kehilangan wang.
Ia membuatkan mangsa meminjamkan wang beberapa kali dengan jumlah keseluruhan sebanyak 50,000 baht.
Bagi menguatkan kepercayaan mangsa, Suradech memberikan kad bank miliknya kepada wanita itu dengan mendakwa bahawa gajinya akan masuk ke dalam akaun tersebut untuk membayar semula hutangnya.
Namun, pada hari yang dinantikan, mangsa terkejut apabila mendapati akaun bank tersebut hanya mempunyai baki wang 85 baht (RM11.36) sebelum suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi pada Januari 2023.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis dan beharap agar Suradech dapat dikesan atau dikenakan hukuman setimpal. – AGENSI




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059780 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list