View: 13163|Reply: 129
|
Filem La Luna: Jangan Perlekeh Agama Islam. “Jarum Liberalisme Yang Sangat Halus" – Ustazah Asma’
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Semua penggiat seni tanah air bebas berkarya dengan menjunjung tinggi nilai Islam dan kesopanan budaya tempatan, namun diingatkan tidak memperlekehkan agama sendiri.
Demikian kata pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berikutan kontroversi Filem La Luna yang dikatakan memberi persepi buruk terhadap agama Islam.
Selain itu, Asma’ berkata, beberapa watak dan babak dalam filem tersebut didakwa mempromosi adegan ‘soft porn’ serta merendahkan agamawan.
Asma’ turut mempersoalkan mengapa pakaian dalam wanita menjadi mesej utama sedangkan ia bertentangan dengan adab orang Melayu.
“Jarum liberalisme yang sangat halus telah membentuk pemikiran kita menjadi tidak sensitif dan mencipta ayat ‘apa salahnya? Tak kan tak faham, inikan seni’.
“Akhirnya normalisasi pemikiran liberal ini pun meresap sedikit demi sedikit ke dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Justeru, katanya, sekiranya benar ada ‘seni’ ingin disampaikan pastikan ia digambarkan dalam bentuk positif dan penuh adab, bukan menzahirkan sisi yang boleh mengundang prasangka buruk dan fahaman mengelirukan.
“Peranan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) wajib diperkukuhkan bagi memastikan penghasilan filem atau drama mengikut garis panduan ditetapkan.
“Kami sentiasa menyokong dan menghormati setiap perjuangan individu atau organisasi selaku pakar dalam bidang perfileman demi memastikan industri filem tidak tercemar dengan unsur-unsur penghinaan dan memberi persepsi buruk terhadap agama Islam,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
asal berkaitan dunia hiburan, ustazah semak ni cuba dptkan limelight. isu semasa lain takde pulak dia mencapub. |
|
|
|
|
|
|
|
allah.. tgk cite tu pun sbg hiburan jer.. pastu hilang di angin lalu .. |
|
|
|
|
|
|
|
elehh.liberal pon setezah mengadap fesbuk jugak kan...cari pengaruh kt situ gak kannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Bertahun2 belajar agama pon masih lemah eh |
|
|
|
|
|
|
|
memang wujud pon perangai dlm cite tu, takyah tutup ngan tudung kepam ko tuh la |
|
|
|
|
|
|
|
filem kita wajah kita..itulah cerminan sebenar msyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
jah & setazah2 yang ceramah jenaka seluar dalam baju dalam, susu tek, layan suami macam pelacur tu kau diam pulak ye....siap kentut faraj lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
mayaHD replied at 22-2-2024 10:47 AM
memang wujud pon perangai dlm cite tu, takyah tutup ngan tudung kepam ko tuh la
Betul.aku xnmpk satu scene pun yg menjatuhkan islam.part mana ya setazah? |
|
|
|
|
|
|
|
dia shopping spenda dia sambil tutup mata ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, Asma’ berkata, beberapa watak dan babak dalam filem tersebut didakwa mempromosi adegan ‘soft porn’ serta merendahkan agamawan.Asma’ turut mempersoalkan mengapa pakaian dalam wanita menjadi mesej utama sedangkan ia bertentangan dengan adab orang Melayu. Halah halah halah, yg maharaja lawak tu yg radio dj pelawak, ustaz mung pun layan adegan sopporn. Hello setajah2 pun pakai lingerie gak tau, apa pula bertentangan dgn adab orang melayu. Atau kena kemban je macam setajah kut. Jgn double standard la.
|
|
|
|
|
|
|
|
laki dia belikan kat pasar malam jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je aku tgk citer tu
Jarum2 liberal celah mana
Tu citer kisah kenyataan zaman skrg
Watak pak hasan tu wujud je di mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
kot nak cakap liberal, naper tak komen pun part salah watak Tok Hassan tu?
terang dan nyata watak Tok Hassan tu ramai di kalangan ahli agama, so? kalau nak tegur kenapa tak tegur both side, why bias?
P.Ramlee dah tegur 65 tahun dulu lagi dalam Musang Berjanggut bila Dato Nikah Kahwin buat hal, dialog paling epik ialah "Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin… ITU SEMUA BOLEH PADAM…"
jadi setazah, jangan bias |
|
|
|
|
|
|
|
ooo sazah pun subscribe netflix ye? netflix utk ahlul nuraka sazah. sazah tgk jela tv alhijrah tu..
ke sazah hari2 tgk katun kat netflix? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 22-2-2024 11:23 AM
Setazah semak asal benda yang melalaikan laju dia komen. Ko dah kenapa nak click kat cerita ni setazah oi? Aku yang ada netflix astro bagai pun tak teringin nak click. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustadzah penyokong mawla. Mcm mn kita nak percaya ustazah yg sokong scammer kecuali ustazah buat sidang media terbuka kata menyesal ikut mawla. Sy tertipu |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau takmo komen tentang Maula Amin scammer ereb copy ori? |
|
|
|
|
|
|
|
watak ahli agama yang gatal dan menunggang tuh ramai ya.... realiti yang aku jumpa, mostly lelaki yg bajet2 alim nih, LEBIH GATAL bebird dari yg nampak moden dan liberal....
pengalaman aku sendiri, deal ngan satu mamat nih, pangkat professional dan org keliling kenal dia as someone yg alim dan sangat sayang bini walaupun kawen dan 12 tahun belum ada rezeki anak. klu borak, memang akn sikit2 selit ayat dari Quran dan hadis sbb dia memang budak tahfiz dan keluarga memang islamik. the moment dia tau aku janda, topeng mula terbukak dan ckp selalu double meaning..... dia igt semua janda desperate nak berlaki dan nak cari jantan agaknyer....
compare ngan another person yg pemikiran agak terbuka dan tak berapa nak nampak islamic secara luaran.... still semayang tak tinggal, tapi takder lar try hard nak tunjuk very the islamic.... sgt hormat perempuan yer. respon berbeza bila tau aku janda, dia plak yg concern bila aku kena jumpa client sorang2..
so, segala drama/filem yg cenggini nih, adalah cerminan senario sebenar dalam masyarakat kita.... adakah kenara filem nih portray segelintir ahli agama yg berperangai begini, terus nak kata filem nih jarum liberalisasi??? filem sebegini hanyalah picisan dari senario sebenar yg lebih besar....
adakah masyarakat kena terus disogokkan dengan mentaliti, ahli ugama nih semua bagus, tak mungkin derang buat menda cenggini.... itu lebih membimbangkan...
isu beli pakaian dalam, aku tak nampak apa masalah kat sini..... nak kata pasal nampak tak sopan sbb cium suar dalam???? itu pon memang betul2 berlaku... klu tak, takkan lar masuk berita pasal kes curi seluar dalam ngan coli dari umah orang kan..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|